04 December 2007

TEORI 10 TAHUN POLITIK NEGARA MENGARUT



Demostrasi jalanan anjuran Bersih yang dipengerusikan oleh Mat Sabu baru-baru ini dilihat semakin mendapat tempat di hati para pengikut dan penyokong Pas. Walaupun dianjurkan oleh Pas namun bayang-bayang Anwar kelihatan terus subur di dalam program yang dipelopori oleh penasihat parti PKR ini.

Ini kerana sebagai pencetus program yang tidak pernah wujud di dalam sejarah politik Malaysia ini, mereka merasakan ia telah berjaya mendapat tempat di hati rakyat. Walaupun pelbagai kejadian yang tidak di ingini berlaku seperti kerosakan harta benda, gangguan lalu lintas, menggangu ketenteraman awam, merosakan imej negara, dan sebagainya. Mereka seolah-olah ‘mabuk’ untuk terus mengunakan pendekatan ini untuk menyuarakan pendapat.

Mereka juga cuba mengungut kerajaan dengan mengatakan ia bukan yang pertama dan juga bukan yang terakhir, dalam erti kata lain akan ada lagi program yang akan mengerakan rakyat untuk turun ke jalanan. Sebagai seorang rakyat yang sepatutnya sayang dan cintakan negara ini, mereka tidak sepatutnya mengunakan pendekatan seperti ini kerana bakal menyebabkan maruah dan imej negara tercalar di mata dunia.

Difahamkan pada malam ini, mereka sekali lagi akan mengadakan perhimpunan buat kedua kalinya di Batu Burok dengan niat untuk mencabar kerajaan dan badan kepolisian negara. Pemuda Pas DUN Gombak juga dimaklumkan sedang merangka untuk mengadakan perhimpunan 1000 orang (P1K) di DUN Gombak pada 16 Disember. Objektifnya tetap sama memperlecehkan kedaulatan undang-undang negara dan meletakkan negara dalam suasana huru-hara.

Kita sedia maklum majoriti rakyat Malaysia menolak pendekatan yang digunapakai ini, kerana ia jelas mengambarkan sikap dan keintelektual mereka yang rendah dan sukakan keganasan. Di saat kerajaan sedang menjalankan kempen ‘melawat Malaysia’ pembangkang yang hanya bersifat ‘minoriti’ cuba memberikan gambaran yang sebaliknya.

Sebagai sebuah negara yang sedang menuju sebagai negara maju, golongan pembangkang begitu angkuh mengamalkan ‘jungle of the law’ (undang-undang rimba). Di saat ekonomi negara yang dikuasai oleh bangsa lain, pembangkang yang majoritinya Melayu merasa begitu hebat untuk menjerit-jerit di tepi-tepi jalan.

Golongan ini seharusnya sedar, negara asing hanya menanti masa yang sesuai untuk memberikan tekanan dan mengambil peluang untuk kembali menguasai Malaysia. Rakyat Malaysia tidak pernah lupa dengan sejarah hitam pernah melanda dikala Anwar mengerakan golongan reformasi untuk merusuh di jalan-jalan.

Rakyat Malaysia juga masih ingat akan kebiadapan yang ditunjukkan oleh Al-Gore ketika melawat Malaysia suatau ketika dahulu apabila menyokong tindak-tinduk yang tidak bertamadun ini. Di fahamkan juga kajian yang dilakukan oleh golongan pembangkang kononnya setiap 10 tahun politik negara pasti akan dilanda masalah.

Hujah yang digunakan pakai ialah pada 1987 UMNO telah mengalami krisis dalaman yang teruk. Natijahnya UMNO telah diharamkan dan terpaksa untuk ditubuhkan semula.

Diikuti pula pada 1997/1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dari semua jawatan kabinet dan politik dan telah menyebab negara di landa gelombang perusuh yang melakukan keganasan dan mengakibatkan UMNO hampir kalah di dalam pilihanraya.

Oleh itu sekiranya mengunakan teori 10 tahun ini, maka pada tahun ini 2007/2008 golongan pasti akan mencuba untuk kesekian kalinya untuk memecah-belah dan merosakkan kemakmuran yang dipertahankan selama ini.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, pembangkang sedang mengerah semua jentera untuk mengunakan apa sahaja cara yang ada untuk meruntuhkan kerajaan sedia ada waima melanggar undang-undang negara. Persoalannya mampukah golongan ini mempertahankan dan menyediakan negara ini sebagai sebuah negara yang aman untuk terus diduduki andaikata mereka sendiri adalah terdiri dari mereka yang enggan patuh dan tunduk dengan undang-undang sedia ada. Tepuk dada tanyalah selera.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...