11 December 2007

AKIBAT DEGIL - 5 TERMASUK TIAN CHUA DITAHAN




11 Disember – Satu perhimpunan haram yang dianjurkan oleh BERSIH telah cuba diadakan di Parlimen yang bertujuan untuk mengerakan rakyat untuk berhimpunan di jalanan hari ini. Perhimpunan yang kononnya bertujuan untuk membantah pelanjutan tempoh perkhidmatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Tempoh perkhidmatan Tan Sri Abdul Rashid sepatutnya berkahir pada penghujung tahun ini ekoran bersara wajid yang ditetapkan. Oleh yang demikian menurut mereka pelanjutan tempoh bersara yang mungkin diberikan lebih bermotifkan politik.

Oleh itu kononnya atas dasar untuk membantah, BERSIH sekali lagi cuba menganjurkan perhimpunan haram bagi menarik simpati dan sokongan rakyat marhaen. Namun yang menjadi persoalannya ialah mengapa sejak kebelakangan ini pembangakang gemar untuk menjadikan jalan sebagai platfor untuk mengerakan agenda politik mereka.

Walaupun isu atau agenda yang cuba dibawah lebih bersifat remeh-temeh, namun mereka begitu teruja untuk mengadakan perhimpunan demi himpunan yang boleh mencetuskan huru-hara dan ketidakstabilan negara.

Perhimpunan haram yang cuba diadakan pagi ini ternyata gagal untuk diadakan ekoran tidakan pantas dan tegas yang dilakukan oleh pihak polis bagi memastikan keamaan negara terus terjamin.

Dimaklumkan sebelum ini, Ketua polis Daerah Sentul telah mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk menghalang Bersih daripada mengadakan perhimpunan di Parlimen pagi ini.

Perintah yang diberikan itu juga secara jelas menyatakan bahawa pihak-pihak berkaitan yang lain dilarang sama daripada menyertai perhimpunan haram tersebut.
Antara yang ditahan oleh pihak polis pagi tadi ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mohd Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua juga adalah antara yang ditahan oleh polis pagi tadi kerana cuba untuk menyertai perhimpunan haram di Parlimen.

Tian Chua yang baru sahaja dibebaskan oleh pihak polis semalam atas alasan menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan Bersih pada 10 November, di lihat cuba untuk mencabar kredibiliti dan undang-undang negara.

Mesej yang cuba disampaikan amat mudah, kononnya undang-undang negara yang ada pada hari ini tidak cukup untuk menginsafkan beliau dari terus melibatkan diri dan menganjurkan perhimpunan haram atau yang seumpama dengannya.

Walaupun kerajaan di lihat lebih bertolak ansur dalam hal ini, dengan tidak mengambil pendekatan ISA kepada mereka, namun ‘sikap ‘fleksibel’ yang diberikan ini telah menyebabkan mereka semakin angresif.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...