Tika ini, boleh dikatakan hampir semua blog pembangkang membicarakan perihal penangkapan beberapa pemimpin pembangkang kerana cuba untuk menghidupkan perhimpunan haram di Parlimen pada hari Selasa yang lalu.
Rata-rata mereka membicarakan kononnya berlaku kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak polis atas tindakan menghalang perhimpunan haram itu dari diadakan. Mereka mendakwa kononnya hak mereka sebagai rakyat negara ini telah dirampas, dicabuli dan sebagainya.
Sekiranya rakyat yang yang terdiri dari golongan marhaen membaca isu yang dibawakan oleh mereka ini maka rakyat akan percaya kononya pembangkang negara ini telah dianiaya dan sebagainya.
Namun apa yang rakyat tidak tahu ialah, mereka yang kononya dizalimi ini, sebenarnya terdiri dari mereka yang gemar menzalimi diri sendiri dan mengharapkan simpati rakyat untuk terus menyokong dan mendokong ideologi mereka.
Apa yang menjadikan ia sedikit lucu ialah, apabila mereka yang melakukan kesalahan ini diminta untuk mengikuti polis ke balai polis mereka enggan dan memberikan pelbagai alasan seperti arahan mahkamah dan sebagainya. Walaupun anggota yang bertugas telah meminta mereka memberikan kerjasama dan cuba mengunakan cara yang paling berhemah.
Walaupun begitu, mereka bukan sahaja enggan memberikan kerjasama, malah cuba bertindak dengan pelbagai cara dan taktik. Tidak cukup dengan itu mereka juga dengan biadap cuba memaksa anggota polis yang bertugas untuk bertindak di luar kawalan.
Sebagai contoh semasa Mustafa Ali ketika ditahan semasa cuab memasuki bangunan Parlimen telah mengunakan pelbagai helah untuk melepaskan diri. Walaupun telah diminta secara baik, beliau tetap enggan memberikan kerjasama. Beliau juga dilihat meninggikan suara dan cuba mencetuskan huru-hara.
Contoh lain pula ketika Tian Chua di minta untuk keluar dari kereta ketika cuba meloloskan diri bagi memasuki Bangunan Parlimen, beliau telah bertindak menggigit seorang polis yang cuba menahannya. Menurut sumber beliau telah bertindak dengan menggigit lengan kiri anggota tersebut ketika sedang bergelut untuk mengelakkan dirinya dari di tahan.
Namun isu ini langsung tidak di bangkit oleh mana-mana blog mereka, namun andaikata polis yang bertindak secara kasar dan keras maka akan dijaja isu tersebut di setiap ceramah atas kepentingan politik mereka.
Suatu yang dapat dibanggakan ialah, semua anggota polis yang bertugas berjaya untuk mengawal kemarahan masing-masing dengan tidak bertindak di luar batasan. Tambahan pula taktik seperti ini telah selalu sangat digunakan pembangkang.
Dengan mengarahkan ‘orang-orang’ mereka bersiap sedia dengan kamera dan sebagainya, mereka akan cuba untuk memberikan ‘provokasi’ untuk merakam semua tindakan polis untuk kepentingan politik mereka.
Lihat sahaja beberapa siri perhimpunan yang dilakukan sebelum ini, walaupun telah diberikan amaran oleh pihak polis untuk tidak meneruskan perhimpunan haram ini, mereka tetap berdegil. Tidak cukup dengan arahan polis itu, pihak mahkamah juga telah mengeluarkan perintah untuk tidak membenarkan perhimpunan seperti itu dianjurkan.
Namun disebabkan kesombongan dan kemaruk dek kuasa yang tidak pernah mereka perolehi, mereka mengajurkan perhimpunan haram ini. Sekiranya sebelum ini pihak polis hanya bertindak apabila perhimpunan telah dianjurkan, namun kali ini tindakan yang lebih tegas telah diambil dengan mencengahnya dengan lebih awal.
Jika sebelum ini pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dengan sombong mencanangkan kepada rakyat, kononnya perhimpunan yang mereka adakan sebelum ini adalah merupakan kekalahan awal di pihak kerajaan. Namun setelah gagal untuk mengadakan perhimpunan yang seumpama dengannya mereka dengan pasal mencipta pula isu yang lain.
Bagi golongan pembangkang sama ada berjaya mengadakan perhimpunan atau tidak, ia bukanlah perkara yang penting. Apa yang penting bagi mereka ialah mencalarkan imej dan kepimpinan negara semata-mata kerana ‘gilakan kuasa’ politik.
No comments:
Post a Comment