04 December 2007

RUSUHAN JALANAN AGENDA ANWAR



Pada 10 Nov yang lalu, KPMU telah mendedahkan tindakan yang di lakukan oleh Anwar Ibrahim apabila beliau secara lantang telah mengesa dan mendesak Jawatankuasa Bersih untuk terus menganjurkan perhimpunan haram dalam 2 minggu lagi selepas perhimpunan 10 Nov itu. Walaupun desakan itu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, maka beliau mencuba pula untuk memperkudakan Hindraf untuk merusuh di jalan raya.

Oleh yang demikian satu isu pun di rangka untuk membolehkan beliau terus memperalatkan rakyat demi untuk ‘survival’ politik beliau. Apabila rakyat dapat digerakkan untuk turun ke jalan, maka mudahlah bagi beliau untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Kalau diperhatikan dengan teliti, tuntutan yang dibuat oleh kedua-dua pertubuhan ini hanyalah sebagai alasan sahaja. Niat yang sebenarnya hanyalah bertujuan untuk memberikan ‘spotlight’ yang baru kepada Anwar, memandangkan ‘sportlight’ yang lama dilihat telah semakin malap dan tidak bermaya.

Dahulu, beliau mengerakkan rakyat atas alasan telah disingkirkan oleh Tun Mahathir dan disumbat di Sungai Buloh. Namun isu itu dilihat sudah tidak lagi relevan memandangkan beliau sudah pun dibebaskan. Maka sebagai ‘Raja Reformasi’ beliau harus memikirkan isu yang mampu digunakan untuk terus memperalatkan golongan marhaen ini.

Anwar yakin kiranya rakyat terus dapat diperalatkan, maka beliau mampu untuk terus ‘bernyawa’ dalam pentas politik negara. Anwar percaya jika rakyat terus menerus berhimpun dan melakukan rusuhan demi rusuhan, kerajaan akan mula tunduk kepada semua kemahuan beliau.

Andai kata kerajaan enggan untuk tunduk, maka rusuhan akan digunakan untuk meminta campur tangan luar seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Lihat sahaja bagaimana agensi berita luar yang begitu ghairah untuk melaporkan mengenai berita rusuhan yang berlaku di dalam negara ini.

Negara Malaysia di gambarkan seolah-olah telah menyamai negara-negara luar yang gemar kepada rusuhan jalanan. Berita yang dilaporkan tampak berat sebelah dengan hanya mengambil kira pandangan golongan pembangkang yang kononnya tertindas dan di zalimi oleh parti pemerintah.

Maruah dan intergriti Malaysia seolah tercalar natijah dari perbuatan segelintir pihak minoriti ini. Pelbagai cara dan saluran digunakan hingga sanggup mengadai maruah dan membelakangkan undang-undang negara.

Selepas ini tidak mustahil akan ada lagi episod perusuh jalanan ini yang akan diketui oleh Anwar, sehingga nawaitu beliau untuk menduduki kerusi no 1 negara menjadi kenyataan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...