KUALA LUMPUR:
Penyanyi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif menafikan laporan sebuah akhbar pada
Ahad yang menganggarkan pendapatannya mencecah RM1 juta setahun.
Najwa, 18,
menjelaskan pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang daripada RM500,000 hasil
daripada persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain
pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).