Showing posts with label Umno Bahagian. Show all posts
Showing posts with label Umno Bahagian. Show all posts

28 August 2013

Percaturan Pemilihan UMNO




Oleh : Mior Kamarul Shahid Cetak

Di luar sana, ramai yang berkira-kira untuk bertanding pelbagai jawatan dalam pemilihan UMNO. Bagi pemimpin, sama ada pada peringkat cawangan, bahagian, Pergerakan Puteri, Pemuda, Wanita dan induk UMNO itu sendiri, pertandingan itu penting kepada setiap mereka atas pelbagai tujuan tersendiri. Ada yang mahu berkhidmat kepada rakyat dan negara dan tidak kurang juga yang yakin bahawa kemenangan boleh mencerahkan masa depan mereka.

Bagi ahli Pergerakan Puteri, Pemuda, Wanita dan UMNO pada peringkat cawangan, mereka menawarkan diri bertanding jawatan pada peringkat jawatankuasa kerana di situlah bermulanya perjalanan politik seseorang. Bagi pemimpin UMNO, seboleh-bolehnya mereka mahu dipilih menduduki jawatan ahli jawatankuasa sebagai laluan menaiki tangga yang lebih tinggi. Pada peringkat bahagian, saingan adalah lebih sengit kerana nasib mereka yang bertanding ditentukan oleh ahli cawangan.

25 August 2013

7 Ketua Puteri Terengganu Bakal Hilang Jawatan




Pemilihan Umno kali ini akan menyaksikan tujuh daripada lapan Umno bahagian di Terengganu menerima ketua Puteri baharu kerana penyandang sudah mencapai had umur. Ketua Puteri Umno Terengganu Nordiana Shafie berkata hanya Ketua Puteri Umno Kemaman Asfalinda Anuar masih layak mempertahankan jawatannya manakala yang lain perlu melepaskan jawatan kerana sudah berusia melebihi 35 tahun.

"Rata-rata penyandang sekarang memegang jawatan ketua sejak mula ditubuhkan pada tahun 2000," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...