03 September 2013

Rasional Disebalik Kenaikan Harga Minyak @NajibRazak




Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kenaikan 20 sen bagi setiap liter petrol RON95 dan diesel berkuatkuasa selepas tengah malam tadi. Langkah itu adalah sebahagian daripada peringkat proses rasionalisasi subsidi kerajaan yang telahpun dimuktamadkan oleh kerajaan sebelum ini. Yang jelas, kerajaan bertekad memastikan proses itu berjalan secara berperingkat untuk memastikan kesannya tidak membebankan rakyat.

Semua tahu harga bahan bakar amat bergantung kepada harga pasaran bahan tersebut di peringkat antarabangsa. Dan semua tahu bahawa betapa kerajaan sekian lama meneruskan subsidi barangan keperluan termasuklah petrol, diesel dan gas, sehinggakan harga bahan tersebut di pasaran negara kita jauh lebih rendah daripada banyak negara walaupun garis penentuan harga adalah sama.


Justeru kita perlu menerima hakikat bahawa mahu tidak mahu proses rasionalisasi tersebut perlu dilakukan oleh kerajaan, tanpa perlu melihat kepada putaran impak politik. Ia bukan suatu isu politik walaupun ada pihak mudah dan gemar mempolitikkan perkara tersebut. Maka kerajaan memilih jalan tersebut kerana mahu memastikan ekonomi negara tidak terjejas teruk sehingga memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat.

Jaminan kerajaan bahawa ia berusaha memastikan kenaikan tersebut memberi kesan minimum kepada rakyat perlu dipuji. Kita masih bertuah apabila Najib mengumumkan kerajaan akan lebarkan lagi jaringan keselamatan sosial seperti pemberian BR1M yang jumlahnya akan ditingkatkan.

Para peniaga pula boleh membantu memastikan rakyat tidak terbeban dengan tidak menaikkan harga barangan semata-mata menjadikan kenaikan bahan bakar tersebut sebagai alasan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...