Dalam masa yang
terdekat ini, saya akan mengemukakan Belanjawan Negara selaras dengan kapasiti
saya sebagai Menteri Kewangan. Sebagai kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat,
saya percaya bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dalam menentukan
hala tuju kemajuan negara kita pada tahun hadapan.
Saya amat berbesar
hati melihat rakyat berkongsi visi kami untuk melihat Malaysia berjaya di
pentas dunia. Iltizam mereka jelas terlihat melalui sambutan dan maklum balas
yang kami terima sebelum kami mengemukakan peruntukan kewangan setiap tahun.
Sambutan ini kelihatan paling ketara pada tahun lepas, apabila kami menerima
lebih 2,500 maklum balas dan saranan dari pelbagai platform dan laman media
sosial. Bajet 2013 mengandungi banyak maklum balas dan saranan yang telah
dikemukakan ini.