12 February 2014

Adenan Satem Bakal Dilantik Ketua Menteri Sarawak Yang Baru

Petra Jaya: Menteri Tugas Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem, 68, yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu berkuatkuasa 1 Mac ini.


Ia berikutan perletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berkuatkuasa pada 28 Februari ini.

Pelantikan Adenan diumumkan oleh Abdul Taib sendiri selepas mengadakan pertemuan bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, di sini petang tadi bagi menghantar surat perletakan jawatannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...