13 February 2014

Muhyiddin yakin BN Sarawak terus kukuh


Muhyiddin yakin BN Sarawak terus kukuh

KUCHING 12 Feb. - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin BN Sarawak akan terus kukuh, meskipun Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur sebagai Ketua Menteri.

Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan Ikom berkata, keyakinan tersebut dinyatakan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam mesyuarat tertutup lebih dua jam bersama Presiden parti komponen BN negeri di sini malam ini.

"Dalam mesyuarat tersebut beliau (Muhyiddin) menyatakan BN negeri ini sememangnya sudah diketahui mempunyai semangat bersatu yang kuat, seharusnya semangat tersebut perlu diteruskan walaupun Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak akan mengundurkan diri.

"Beliau turut menyatakan rasa yakin terhadap sistem sedia ada dalam BN Sarawak termasuk keputusan Abdul Taib memilih calon sebagai Ketua Menteri baharu," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut.

Menurut William Mawan, pengganti Abdul Taib itu tidak akan menimbulkan masalah kerana Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan kaukus parti telah memberi mandat penuh kepada beliau untuk membuat keputusan tersebut.

Selain itu katanya, mesyuarat tersebut juga berkisar kepada senario politik di Sarawak ketika ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...