26 February 2014

Wahai Hijabist-Hijabist Melayu



Tiap2 minggu aku layan rancangan "Saffiya" lat TV9 sebab aku memang suka tengok apa yang hijabist2 ni tengah trendingkan. Aku banyak genetik feminin dalam diri aku kot? Nasib baik wife aku selalu bukak jadi aku ada la alasan kata wife aku yang nak tengok padahal dia tak tau, bila dia tak ada pun aku akan tengok.



Kau pernah tengok rancangan tu?

Kalau tak pernah tengok,  rumusannya camni.."Majalah Hijabista dalam bentuk rancangan TV." Tak pernah baca majalah Hijabista? Cuba fahami bagaimana nama majalah ni boleh berlaku...

1. HIJAB - perlindungan, penutup, cover.......
2. STAR - bintang....seseorang yang nak attention. Seseorang yang suka glemer. Seseorang yang terkenal?

Jadi bila kita gabungkan dua2 kita dapat ;
"Seorang perempuan yang nak tutup aurat tapi dalam masa yang sama juga tergila2 kan perhatian atau nak jadi terkenal atau nak publisiti atau layak jadi idola."

Berlambak kat luar sana orang camni sekarang. Adakah ini benda yang bagus? Entah. Bergantung kepada ke arah mana pemikiran itu ditujukan barangkali....ada yang negatif ada yang positif. Tapi kalau muka depan majalah dah kena Photoshop kaw2...aku rasa tujuan dia dah menyimpang lain sikit kot...

Aiseh, macam mana aku boleh terkutuk majalah ni lebih2 lak.

Aku mengerti kenapa rancangan2 dan majalah yang "hijabist-hijabist" ni makin berlambak di pasaran tapi entah lah...kadang2 aku tengok apa yang korang jualkan ni hanyalah jual imej....Imej berhijab tapi sifatnya langsung takde hijab. Produser buat sebab dia nampak ada market dan peminat. Nak ajak orang tutup aurat ni dah tak berapa berkepentingan sangat.

Jual imej dan produk semata2. Makin lama bab2 agama tu dah tolak ke tepi sebab hijab ni dah dinilai sekadar fesyen item semata2. Itu yang aku nampak la.

Minggu lepas, ada segmen seorang hijabista ni menggayakan gelang.  Hijab dah cantik dah, takde bonggol unta, dada dah tutup...tapi sebab nak jual gelang punya pasal, dia singsing lengan. Tu dah spoiled....

Minggu lepas jugak...ada segmen hijabista ajak hijabist-hijabist lain "ber-selfie." Ya aku tak salah taip tu. Rancangan Saffiya cuba mengajak hijabist2 ini berselfie. Siap ada lakonan family kena tunggu sebab anak nak selfie sambil buat muka duck face. Apa kebendanya ni? Kenapa kau cuba galakkan wanita Muslimah tangkap gambar selfie dan post dekat internet ni oi?

Come on lah...kau dah tak ada isu sangat ke sampai kena ada segmen nak panggil hijabist2 yang suka berselfie ni buat interview ceritakan kenapa hijabist2 ni tak perlu malu berselfie? Aku tak pernah nampak apa substance nya sehinggakan orang2 yang suka berselfie pun boleh masuk TV dan bagi opinion dia pasal berselfie ni....

Aku tak rasa benda tu cukup penting untuk dijadikan satu topik dalam rancangan televisyen yang nak popularkan bertudung cantik kepada gadis2 Melayu...

Semalam, ada segment tah apa tah tujuan dia tapi dipaparkan seorang hijabist ni yang memakai tudung ala2 moden gitu lah....tapi yang memakaikan tudung tu kepada dia adalah seorang lelaki lembut....

What the hell hijabist? Niat dah cantik dah....hijab pun dah cantik dah...tapi kalau lelaki yang pakaikan tudung kau, apa pointnya pakai tudung tu? Core dan fundamental pun dah songsang. Tak kiralah dia lelaki lembut ke atau kau takde rasa malu sebab lelaki itu pun part of the hijabist....tapi dia still ada buah zakar yang mampu menghasilkan sperma, kan?

Lelaki yang pakaikan tudung seorang hijabist.....
Kau tak rasa benda tu sangat kelakar ke?

Janganlah biar diri anda dieksploitasi dik...hijab ni bukannya sekadar pakaian aje senonoh....
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...