03 February 2014

Isu Penyanyi Wanita Bertudung Dihina, Eksekutif Cina Akhirnya Minta Maaf


Kontroversi melanda seorang penyanyi wanita berhijab, Marinatasha Isnariah Mustapar yang mengalami insiden terpaksa beredar dari pentas ketika Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET pada malam 18 Januari lalu telah selesai.

“Pihak CASTMET, Shanon Yong dan Marina sendiri telah sama-sama memohon maaf antara satu sama lain. Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua belah pihak di atas kesudian untuk membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Ini merupakan satu contoh pada masa akan datang, agar jangan ada lagi isu mahu pun diskriminasi,” ujar Datuk Freddie Fernandez selaku Presiden Karyawan dalam satu sidang media bersama Marina di Plaza Damansara pada Khamis.



Kontroversi ini telah diselesaikan secara tenang apabila kedua-dua pihak telah bersua muka pada Ahad, jam 11.00 pagi pada 26 Januari 2014 yang lalu bertempat di pejabat CASTMET, Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan berjalan lancar apabila kedua-dua belah pihak bermaafan dan merasakan perkara yang terjadi ini berlaku atas sebab salah faham yang akhirnya menimbulkan pertelingkahan emosi antara satu sama lain. Tambah Freddie lagi, perkara ini telah mendapat perhatian umum dan pihak Karyawan sendiri merasakan perkara ini tidak perlu lagi dipanjangkan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu untuk menyelesaikan kes ini. Saya menerima permohonan maaf tersebut dan semua perkara yang telah terjadi dengan hati terbuka. Ini juga merupakan peringatan bagi saya agar lebih berhati-hati meneliti kontrak yang dikenakan pihak penganjur sebelum mengadakan sesebuah persembahan,” ujar Marina mengakhiri perbualan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...