KOTA BHARU - Pengasas Pusat Perubatan At-Tobibi, Datuk Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan pelajar yang mati tergantung di sebuah sekolah di Kok Lanas, Disember lalu berpunca daripada kerasukan.
Menurutnya, berdasarkan beberapa faktor dikenal pasti termasuk gangguan yang berlaku ke atas beberapa pelajar sebelum dan selepas itu, beliau yakin kejadian di luar jangkaan itu bukan angkara gangguan jin dan syaitan.
“Pelbagai spekulasi tersebar sebelum ini sehingga ada mengaitkannya dengan buli dan bunuh diri, namun saya menolak kemungkinan tersebut, sebaliknya berpendapat ia kes kerasukan,” katanya kepada Sinar Harian ketika hadir memberikan rawatan secara sukarela di sekolah itu, di sini, semalam.
Shamsuri berkata, agak pelik jika pelajar yang menghafaz al-Quran dan datang dalam kalangan yang terpilih bertindak sedemikian jika tidak dipengaruhi oleh unsur lain.
Sambil mencadangkan agar satu kaedah untuk memperkukuh kerohanian dibuat, Shamsuri berkata, ia penting bagi membantu memulihkan semangat pelajar di sekolah itu yang rata-ratanya masih trauma dengan keja-dian tersebut.
“Kejadian ini adalah fenomena biasa, walau apa pun saya mengharapkan agar pelajar di sini akan terus melakar kejayaan demi kejayaan, sekali gus kembali cemerlang dan mampu melahirkan ilmuwan di peringkat tertinggi,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Nasir berkata, KMK sentiasa prihatin terhadap kesulitan dihadapi orang ramai dan dalam kali ini bergandingan dengan Pusat Rawatan At-Tobibi untuk sama-sama membantu memulihkan semangat pelajar di sekolah itu.
Dalam pada itu, difahamkan sekolah yang mempunyai lebih 400 pelajar itu tetap menjadi pilihan pelajar dari dalam dan luar negeri apabila kemasukan pelajar sesi ini meningkat berbanding sebelum ini.
No comments:
Post a Comment