Tidak cukup dengan
ucapan maaf, Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli terpaksa menangis bagi memastikan
rakyat khususnya pengundi di Kajang tersentuh dan simpati dengan pementasan
drama terbaharu yang sedang dilakonkan ini. Ia dilakukan bagi memastikan
pengundi Kajang terus menerima PKR walaupun pada hakikatnya tindakan yang
dilakukan ini boleh disifatkan seperti mempermain-mainkan kepercayaan rakyat
sekali gus menghina sistem demokrasi negara.
Paling menarik di
dalam rakaman ‘drama air mata’ berdurasi 2 minit itu, Rafizi turut meminta
pengundi di Kajang agar menolak Anwar Ibrahim sekiranya merasakan tindakan PKR
ini merupakan satu ‘permainan’.
"Kalau ini
permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami” katanya.
Dia yang sebak dengan
mata yang kemerah-merahan sehingga menyebabkan ucapannya tersekat-sekat
berkata, ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya.
"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah. Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya lagi.
Setiausaha parti
Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan yang juga merupakan sekutu pakatan
pembangkang ketika mengulas isu yang dibangkitkan ini mengatakan PKR tidak
sepatutnya menjadikan isu pergolakan dalaman kerajaan campuran di negeri
Selangor sebagai beban kepada rakyat sehingga perlu diadakan satu pilihanraya
kecil di Kajang. Menurutnya lagi kesan daripada tindakan itu telah menyebabkan
rakyat marah.
“… bahawa PKR tidak
dapat menangani masalah dalaman dan tidak boleh menguruskan isu rumah tangga
(sehingga) menyebabkan rakyat di Kajang terpaksa menentukannya. Ia telah
memberikan satu precedent (teladan) yang tidak baik,” tegasnya.
Paling menarik,
blogger ‘AmenoWorld’ yang begitu
kuat menyokong pakatan pembangkang sebelum ini dilihat turut tidak bersetuju
dengan tindakan yang dilakukan itu. Menurutnya apa yang berlaku di Kajang
hanyalah untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR yang telah menyebabkan rakyat
turut diheret sama.
“Sejujurnya. Aku tahu, ko
tahu, Rafizi tahu, Anwar tahu, Khalid tahu, PKR tahu, PR tahu dan semua tahu
pilihanraya di Kajang adalah kerana polemik dalaman PKR yang nampaknya sudah
semakin meruncing. Khalid tidak mahu berkompromi. Azmin tidak mahu berkompromi.
Semua tidak mahu berkompromi”, luahnya di dalam entri blog tersebut.
Penulis blog tersebut turut
berpandangan sekiranya masalah dalaman PKR ini masih tidak dapat diselesaikan
dengan kehadiran Anwar sebagai Adun Kajang, ia akan menyebabkan rakyat sekali
lagi menjadi mangsa keadaan.
“Kita katakan la saja bahawa
Anwar akan berperanan menyelesaikan konflik dalaman dengan Kajang move. Masalah
dalaman PKR jika tidak diselesaikan ia akan mengganggu-gugat pentadbiran dan kelangsungan
pemerintahan PR di Selangor kerana masing-masing sibuk berbalah sesama sendiri.
“Maka, mula la masing-masing menyerang kawan dengan isu-isu peribadi. Maka, mula la masing-masing tidak bersetuju antara satu sama lain mengenai usul-usul tertentu. Maka, mula la masing-masing mula mencari jalan macam mana nak jatuhkan pihak-pihak yang tidak disenangi.
“Maka, oleh kerana wakil-wakil rakyat pun tak sehati sejiwa untuk menumpukan perhatian bagi selesaikan masalah rakyat secara automatik hak rakyat akan dicabuli dan terjejas,” luahnya lagi.
No comments:
Post a Comment