AMPANG: Jumlah takungan air di Empangan Klang Gates yang menyalurkan bekalan air kepada 80,000 akaun pengguna sekitar Lembah Klang berkurangan kepada 58 peratus sejak fenomena kemarau melanda negara awal bulan lalu.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kadar penyusutan takungan air di empangan bekanaan adalah yang tertinggi pernah dicatatkan sejak ia dibuka pada 1958.
"Sekiranya perkara ini berterusan ia semestinya akan menjejaskan operasi Loji Pembekalan Air Wangsa Maju dan Bukit Nenas yang menyalurkan bekalan kepada lebih 80,000 akaun pengguna," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan paras takungan air di Empangan Klang Gates di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment