02 February 2014

Gadis India Dirogol Dan Dibakar Sehingga Mati, Bangkitkan Kemarahan



KOLKATA: Seorang remaja India telah dirogol oleh sekumpulan lelaki dalam dua serangan berasingan kemudian dibakar pada serangan yang ketiga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Kejadian tersebut telah mencetuskan bantahan besar-besaran di bandar Kolkata kata sumber polis di sana pada Khamis.



Gadis yang berusia 16 tahun itu diserang dan dirogol pada kali pertama pada 26 Oktober dan sekali lagi keesokkan harinya oleh sekumpulan enam lelaki berhampiran rumah keluarganya di bandar Madhyagram kira-kira 25 kilometer di utara Kolkata.

Serangan rogol kedua berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang selepas membuat laporan berkenaan serangan pertama di balai polis .

Gadis itu dibakar pada serangan ketiga dan kemudian meninggal dunia di hospital pada malam tahun baharu yang lalu.

“Gadis tersebut telah memberikan kenyataan sebelum dia meninggal dunia kepada pegawai kesihatan yang memeriksanya bahawa dia telah dibakar oleh dua orang perogol berkenaan ketika bersendirian di rumah pada 23 Disember” kata seorang polis tempatan, Nimbala Santosh Uttamrao kepada AFP.

Menurut Ketua Polis tempatan, Rajiv Kumar, tangkapan pertama dibuat pada Rabu lepas iaitu dua bulan selepas serangan rogol yang pertama.

Suspek atau mangsa tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab perundangan.

Susulan itu, ratusan aktivis pada Rabu telah melakukan bantahan ke atas kekejaman yang masih berleluasa itu walaupun selepas setahun jenayah rogol berprofil tinggi telah dilaporkan secara meluas di India.

Kes rogol, serangan dan gangguan seksual terhadap wanita di India sebelum ini menjadi tumpuan susulan kes seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun yang dirogol beramai-ramai di dalam bas dan kemudiaannya meninggal dunia di New Delhi pada Disember 2012.

Atas desakan ramai, parlimen negara itu telah meluluskan undang-undang lebih berat bagi  menghukum pesalah rogol.

Sebahagian aktivis mendakwa mangsa rogol di India sering berhadapan ancaman dan ugutan daripada penyerang mereka, manakala polis pula dikatakan tidak menggalakkan mangsa membuat aduan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...