Setelah bertahun
naik turun mahkamah memberi keterangan tentang isu rumah tangga mereka,
akhirnya semalam pihak mahkamah memutuskan penceraian Aidil Zafuan dan Rita
Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah sah.
Aidil Zafuan yang
ditemui pihak wartawan selepas keputusan mahkamah itu mengakui sedih dengan
penceraian ini tetapi tetap merasa terkilan dengan sikap Rita Rudaini yang
sering memburukkan namanya melalui media sosial.
“Biarlah masalah ini
saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita
Rudaini, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan
sesekali mengaibkan suami,” ujar Aidil Zafuan, semalam.
Rita Rudaini dalam
laporan yang sama turut memberikan kenyataan beliau yang kesal dengan tindakan
terburu buru Aidil Zafuan dalam proses penceraian ini selain menganggap
diceraikan melalui SMS sebagai satu penghinaan buat dirinya.
“Semuanya sudah
selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita
lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai
suami,” ujar Rita Rudaini yang di’temui selepas keputusan mahkamah selesai.
No comments:
Post a Comment