Showing posts with label Petikan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Petikan Akhbar. Show all posts

04 February 2014

Eksekutif Dilanggar Sebelum Disamun



GEORGETOWN - Seorang eksekutif terpaksa menghadapi detik cemas apabila bukan sahaja dilanggar dengan motosikal malah disamun di Lebuh Armenian di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa yang berusia 27 tahun itu dikatakan sedang berjalan seorang diri untuk mengambil keretanya yang diletakkan di tepi jalan selepas menjamu selera di kedai berhampiran. 

02 February 2014

Gadis India Dirogol Dan Dibakar Sehingga Mati, Bangkitkan Kemarahan



KOLKATA: Seorang remaja India telah dirogol oleh sekumpulan lelaki dalam dua serangan berasingan kemudian dibakar pada serangan yang ketiga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Kejadian tersebut telah mencetuskan bantahan besar-besaran di bandar Kolkata kata sumber polis di sana pada Khamis.

Gadis Cacat Bawah Umur, Dirogol Teman Lelaki



KUALA PILAH: Akibat tidak berupaya mempertahankan diri dari perbuatan keji rakan lelakinya, seorang gadis orang kurang upaya (OKU), menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki tersebut selepas bermalam di rumahnya.

Mangsa, seorang gadis bawah umur yang kudung pergelangan tangan kiri sejak dilahirkan, telah dirogol pada 5 September tahun lalu di rumah suspek berusia 20 tahun itu di Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti.

Budak 3 Tahun, Mati Kena Hempap TV


BUTTERWORTH - Kegembiraan sebuah keluarga untuk  merakamkan gambar kenangan semasa meraikan Tahun Baharu Cina berakhir dengan tragedi apabila anak tunggal pasangan itu maut selepas sebuah televisyen menghempapnya dalam kejadian di Taman Chai Leng, Perai, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharom Abu berkata, dalam kejadian pukul 9 malam itu, keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk mengambil gambar sebelum kanak-kanak perempuan itu Chew Hui Zhen, berusia tiga tahun, dihempap televisyen saiz 29 inci.

30 January 2014

Pencuri Kabel Takut Bini Menangis

SUSPEK yang ditahan bersama rakan menangis di pekarangan mahkamah, semalam.


Segamat: Seorang lelaki berusia 45 tahun yang mencuri barangan logam milik sebuah syarikat telekomunikasi menangis di pekarangan Mahkamah Seksyen, di sini, semalam kerana bimbang perbuatannya diketahui isterinya.

Difahamkan, suspek juga menangis kerana tidak tahu apa alasan yang perlu diberi kepada isterinya yang berusia 40-an memandangkan dia akan bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bagi membantu siasatan kes terbabit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...