![]() |
| SUSPEK yang ditahan bersama rakan menangis di pekarangan mahkamah, semalam. |
Segamat: Seorang lelaki berusia 45 tahun yang mencuri barangan logam milik sebuah syarikat telekomunikasi menangis di pekarangan Mahkamah Seksyen, di sini, semalam kerana bimbang perbuatannya diketahui isterinya.
Difahamkan, suspek juga menangis kerana tidak tahu apa alasan yang perlu diberi kepada isterinya yang berusia 40-an memandangkan dia akan bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bagi membantu siasatan kes terbabit.

