Noni AF!!! Ramai yang tidak kenal dan mungkin tidak ingat pun tentang
kewujudan nama ini.
Laporan Harian Metro hari ini menyebut khabar angin tentang Noni
AF5, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin yang menjalin hubungan dengan
Fauzi Nawawi selepas mereka rapat selepas berkenalan.
Fauzi Nawawi bukan amatur dalam gossip mempunyai hubungan sulit
ini dan pastinya berita ini bukan yang pertama namun Noni AF5 tampil memberikan
penjelasan tegas yang hubungan antara mereka hanya kerana kerja atau lebih
formal & professional.
“Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada
itu. Saya juga ‘anak didik’ Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi
pelbagai tip dalam bidang lakonan”
“Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu
lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi,
tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?” kata Noni AF5 menafikan
semua dakwaan.
Noni AF5 menjelaskan lagi yang beliau mula mengenali Fauzi Nawawi
ketika menyertai program ‘Jelajah Festival Filem Malaysia’ tahun ini, dan Fauzi
turut ditemani isterinya, Lisdawati.
Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi
pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya. Itu sahaja,
katanya.
Tambah Noni lagi, Fauzi seorang yang tegas ketika bekerja kerana
inginkan hasil terbaik untuk drama, dan Noni turut menyifatkan dirinya bertuah
kerana dapat menimba ilmu melalui pelakon hebat seperti Fauzi.
Manakala dia juga turut rapat dengan Lisdawati yang dianggap
seperti kakak. Dia berharap dirinya tidak akan dikaitkan mempunyai hubungan
dengan Fauzi lagi kerana tidak mahu mengguris hati keluarganya.
Baguslah Noni kerana awal-awal menyatakan pendirian sebegini,
kalau perkara tidak benar tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan nyatakan saja
‘tidak’, bukan? Tidak perlu meleret-leret konon-konon mahu bikin gempak.
‘Straight to the point’.
No comments:
Post a Comment