Baru sahaja reda mengenai kisah skandal melibatkan aktor Adi Putra
dengan seorang wanita berstatus isteri orang; yang kini dalam siasatan polis.
Kini, timbul pula cerita baru mengatakan Adi menggunakan seorang
individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.
Oleh kerana tiada bukti lanjut mengenai perkara tersebut, Zass
mendapatkan isteri Adi, Aida Yusof setelah gagal menghubungi aktor terbabit.
"Saya baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi
menggunakan individu berpengaruh) hari ini (semalam) kerana tidak membeli
akhbar Ahad lalu.
"Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara
ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih
dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan.
"Namun, ingin saya tegaskan
di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan
kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri
pihak berkenaan," jelasnya.
Aida berkata, dia tidak mengetahui perkembangan kes berkenaan dan info
terakhir yang diketahuinya pihak forensik telah selesai melakukan siasatan.
"Saya tahu perkara itu dari
akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami
memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti
yang dijanjikan," katanya.
Ditebak mengenai niat sesetengah pihak yang barangkali cuba
memanaskan kes itu, Aida berkata, dia
tidak mahu bersangka buruk dan amat menghormati tugas wartawan dan juga polis.
No comments:
Post a Comment