Suka atau tidak ramai menjangkakan pilihanraya kecil DUN Sungai Limau
bakal menyaksikan satu persaingan yang sengit di antara Umno / Barisan Nasional
dan Pas. Bagi pihak Umno/BN, peluang ini sudah tentu merupakan satu peluang
keemasan bagi merampas kerusi Sungai Limau bagi mengukuhkan kuasa politik di
Kedah.
Manakala bagi Pas, ia adalah merupakan kerusi yang WAJIB di pertahankan kerana ia adalah maruah buat parti itu yang
kebelakangan ini dilihat semakin hilang pengaruh di kalangan orang Melayu
Islam.
Tambahan pula, Pas secara jelas mengatakan pendirian parti itu untuk
membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Sedangkan isu tersebut
dilihat penting kerana mereka sedar antara sebab utama Kristian mahu
menggunakan kalimah Allah di dalam Bible ialah untuk mengelirukan masyarakat.
Dari satu sudut pula, ramai di kalangan pengikut Pas merasakan ia adalah
merupakan antara peluang keemasan untuk ‘membunuh’
sekali gus menyingkirkan terus pengaruh politik Timbalan Presiden Pas, Mohamad
Sabu di Kedah.
Ini kerana rata-rata di kalangan mereka mengetahui pendirian Mat Sabu
terhadap ajaran sesat Syiah. Malah ia juga adalah merupakan sebab utama
pemimpin no 2 Pas itu kecundang di Pendang pada pilihan raya umum yang lalu.
Walaupun Mat Sabu berulang kali cuba menafikan, bahawa dirinya adalah
bukan merupakan penganut agama sesat Syiah. Namun isu tersebut dilihat telah
menyebabkan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu semakin ditolak oleh
masyarakat Islam khususnya di Kedah yang berpegang kuat kepada fahaman Ahli Sunah Wal Jemaah.
Tambahan pula, ada di kalangan pemimpin dan ahli Pas sendiri yang pernah
mendedahkan penglibatan secara langsung Mat Sabu dengan agama sesat Syiah.
Lebih mengejutkan, menurut sumber dalaman parti itu sudah ada
desas-desus yang mengatakan Pas bakal kecundang di PRK Sungai Limau. Ini kerana
menurut sumber tersebut, ada beberapa jentera di peringkat negeri yang telah
memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dan menyatakan hasrat untuk tidak
terlibat bagi membantu jentera Pas Kedah dalam PRK kali ini
Antaranya Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sebagai contohnya jentera
Kelantan mengatakan mereka lebih berminat untuk mempromosikan Menteri Besar
Kelantan yang baru, kerana dikatakan telah menjadi sasaran serangan pihak yang
tidak bertanggungjawab.
Tambahan pula, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar
Abdullah dikatakan bakal menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan
tertinggi Pas dalam pemilihan parti itu yang kini disandang oleh Mat Sabu.
Jentera Terengganu pula dikatakan sangat membenci Mat Sabu kerana sering
dikaitkan dengan Syiah. Manakala jentera Pahang dikatakan enggan memberikan
sokongan kerana tidak mahu melihat Mat Sabu terus mendominasi Pas sekali gus
membawa parti itu ke arah kehancuran.
Mereka dikatakan lebih berhasrat untuk mengangkat Ketua Penerangan Pas,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat lebih layak digandingkan dengan
Presiden Pas bagi memimpin parti itu ke landasan Islam yang sebenarnya.
Pada pemilihan parti yang lalu, Mat Sabu berjaya merampas jawatan
Timbalan Presiden apabila undi golongan ulama berpecah selepas persaingan turut
menyaksikan 'pertembungan' dua ulama
iaitu Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kesimpulannya PRK Sungai Limau ini adalah merupakan medan yang terbaik
untuk menyingkirkan Mat Sabu dari saf kepimpinan parti. Atau dalam bahasa
mudah, calon Pas, Sungai Limau terpaksa di korbankan bagi ‘menguburkan’ karier politik pengikut SYIAH TEGAR.
No comments:
Post a Comment