02 October 2013

Mati Di Gilis Kereta Api Ketika Sedang Lakukan Seks





Perbuatan sepasang kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila di gilis kereta api ketika melakukan seks di landasan kereta api.

Pasangan berkenaan yang dalam perjalanan pulang berhenti sejenak di landasan kereta api untuk melakukan hubungan seks.

Si wanita yang berusia 30-an maut selepas di gilis kereta api di bandar Zaporozhye pagi Sabtu lalu, manakala pasangannya yang berusia 40-an terselamat, tetapi kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat cedera teruk.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine, yang mengumumkan kemalangan berkenaan berkata, pasangan terbabit gagal menahan nafsu berahi mereka dalam perjalanan pulang.

Mereka ingin menikmati pengalaman melakukan hubungan seks dekat landasan kereta api, tetapi gagal menyelamatkan diri apabila kereta api muncul, lapor agensi berita Russia, RIA Novosti.

Laporan Yahoo News pula mengatakan pasangan terbabit dikatakan mabuk ketika kejadian.

Menurut sumber, pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri parti di kediaman rakan sebelum memutuskan untuk berhenti sejenak di landasan itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...