Tiba-tiba sahaja Setiausaha Agung Pas, Datuk
Mustafa Ali menjadi seorang yang pelupa apabila ditanya mengenai pendirian
parti itu berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang bukan Islam.
“Saya sudah tidak ingat lagi setiap perkataan
itu… baik awak (wartawan) rujuk semula kenyataan saya sebelum ini,” katanya
kepada wartawan berkenaan di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai pendirian
pakatan pembangkang pimpinan tiga serangkai, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit
Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan orang bukan Islam, iaitu
Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’.
Mustafa yang enggan mengulas lanjut hanya
menyatakan, pendirian pembangkang tidak berbeza dengan pendirian yang
dinyatakan Pas sebelum ini.
Kata-katanya itu memberi jawapan bahawa Pas
juga kekal dengan pendiriannya membenarkan orang bukan Islam menggunakan
kalimah ‘Allah’ dalam sembahyang atau aktiviti rasmi keagamaan penganut itu.
Ini kerana, Presiden Pas, Abdul Hadi
menegaskan bahawa penganut agama bukan Islam tidak harus disekat daripada
menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam mengamalkan kepercayaan mereka, namun
penggunaan tersebut tidak harus disalah guna atau disalah tafsir.
Beliau dilaporkan berkata, tiada peruntukan
undang-undang tidak membenarkan kaum lain menggunakan kalimah ‘Allah’, tetapi
kebebasan diberikan itu tidak harus disalahgunakan kerana Allah adalah
satu-satunya tuhan yang layak disembah bagi umat Islam.
Keputusan Pas itu melengkapkan pendirian PR,
apabila Penasihat PKR, Anwar turut menyatakan persetujuannya dengan keputusan
yang dicapai oleh gabungan tiga parti pembangkang tersebut.
Bagaimanapun, PR menuding jari menyalahkan
kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana kononnya, menjadikan isu kalimah
‘Allah’ sebagai polemik untuk mengelirukan orang Islam sehingga mencetuskan
ketegangan kaum.
Pendirian yang dianggap sebagai keputusan
muktamad PR ini, melegakan pemimpin pembangkang Melayu beragama Islam kerana
mereka tidak perlu bekerja kuat lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14)
untuk mendapatkan sokongan dan undi dari orang bukan Islam.
No comments:
Post a Comment