02 October 2013

MP Kapar Kena ‘Sekolah’ Dalam Bahasa Tamil @azeezputera #azeezrahim4MT



Perbahasan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan Jenayah (PCA) di Dewan Rakyat pada Selasa menyaksikan dua ahli Parlimen berbahasa Tamil menyebabkan semua ahli-ahli dewan tergelak besar.

Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim terpaksa bercakap mengunakan bahasa tamil apabila ahli Parlimen PKR Kapar, G.Manivanan berterusan mencelah seolah-olah tidak memahami hujah Azeez mengenai pindaan rang undang-undang tersebut.


“Nampaknya Kapar tak faham apa saya cakap, biarkan saya cakap bahasa ibunda,” katanya.

Hujah beliau kemudian disambut Manivanan juga dalam bahasa Tamil.

Perbahasan mereka berdua terhenti setelah ditegur Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said yang meminta kedua-dua mereka bercakap bahasa ibunda di luar Dewan.

Azeez dalam perbahasan menyokong rang undang-undang itu menegaskan, pembangkang seperti tidak mahu menerima langsung pindaan tersebut.

Katanya, sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan mahu duduk berbincang hala tuju kerajaan dalam semua isu tetapi membantah undang-undang yang mahu memastikan keselamatan rakyat.

“Jangan nasi sudah jadi bubur baru kita nak bising,” katanya menempelak pembangkang yang sebelum ini seolah-olah simpati kepada Khairy Jamaluddin apabila rumahnya dimasuki pencuri baru-baru ini.

Azeez meminta pembangkang jangan paranoid kerana kerajaan bukan mahu membawa semula ISA.

“Mereka ini (pembangkang) agaknya takut kena tangkap sebab buat (demo) Bersih dan Blackout. Kita sebenarnya fokus kepada penjenayah tegar. Sepatutnya kita bantu polis dengan menyokong undang-undang ini,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...