Masyarakat Islam baru sahaja meraikan Aidiladha dan melewati hari-hari awal
Zulhijjah yang mempunyai nilai istimewa di dalam Islam. Selain menunaikan haji
di Baitullah rata-rata masyarakat Islam yang berkemampuan akan melaksanakan
ibadah qurban dengan melakukan penyembelihan haiwan ternakan.
Malah umum mengetahui ibadah qurban adalah merupakan amalan yang sangat
dituntut sehinggakan Islam menetapkan hukumnya sebagai sunat muakkad bagi
mereka yang melaksanakan.
Bagi menghayati semangat dan tuntutan tersebut, boleh dikatakan hampir
semua pemimpin politik khususnya BN/Umno akan mengambil kesempatan itu bagi
merayakan sambutan tersebut bersama masyarakat dan penduduk di kawasan mereka.
Selain menunaikan tuntutan Islam, ia juga bertujuan untuk merapatkan
hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat. Atas kesedaran tersebut,
ahli parlimen Baling, Datuk Hj Abdul Azeez Abdul Rahim pada Rabu yang lalu
telah menganjurkan satu Majlis Qurban Peringkat Parlimen Baling dengan
menyumbangkan 35
ekor lembu.
Paling menarik, Azeez
bukan sekadar hadir menyumbangkan lembu namun beliau turut mengambil bahagian untuk
menyembelih sendiri, menguruskan proses melapah dan mengagihkan daging kepada rakyat
di Baling. Sebanyak 7 mukim di kawasan parlimen Baling telah menerima sumbangan
5 ekor lembu yang dilaksanakan secara gotong-royong bersama para penduduk.
Menurut Azeez, program
yang diadakan secara gotong-royong itu bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan
agama tetapi untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.
"Petugas-petugas dapat menjalin kemesraan bersama para penduduk kampung ketika majlis berlangsung termasuk ketika sama-sama melapah, mengagih dan memasak daging korban," katanya.
"Petugas-petugas dapat menjalin kemesraan bersama para penduduk kampung ketika majlis berlangsung termasuk ketika sama-sama melapah, mengagih dan memasak daging korban," katanya.
Di kesempatan itu
juga, Azeez turut mengesa agar umat Islam di negara ini bersatu hati dan menjadikan
sejarah ibadah korban sebagai panduan dalam mendidik jiwa supaya lebih ikhlas
dan bersyukur. Menurut beliau perkara itu perlu terutama dalam mengharungi
dunia yang semakin mencabar.
"Sejarah pengorbanan itu memberi peringatan kepada kita supaya melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan rendah hati.
"Konsep itu perlu dijadikan panduan dalam hidup kita iaitu kesanggupan berkorban dari pelbagai sudut seperti masa, tenaga, wang ringgit serta buah fikiran demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air," katanya lagi
Fazli Jusoh, salah
seorang pemimpin masyarakat ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terima
kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Azeez.
“Antara salah satu
faktor kemenangan Datuk Azeez di Baling ini ialah disebabkan sikap prihatin
yang ditunjukkan selama ini. Hampir setiap tahun program ini telah dilaksanakan,
walaupun sebelum ini beliau bukan merupakan wakil rakyat.
“Seingat saya, ini
adalah merupakan tahun ke-7 program korban ini diadakan di Baling. Contohnya
pada tahun lepas, walaupun pada ketika itu beliau terlibat dengan misi kemanusiaan
di Jordan, Datuk tetap memberikan sumbangan korban kepada para penduduk kampung”
katanya.
No comments:
Post a Comment