17 October 2013

BONGKAR!!! DALANG SEBENAR ISU KPOP @NajibRazak @Khairykj @shaberyc @SPRMMalaysia




Sekarang ini semua orang sedang kecoh memperkatakan isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk membawa masuk 3 kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 tahun lepas.

Laporan Audit Negara mendedahkan kos untuk membawa 3 kumpulan U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet ditanggung oleh kerajaan sedangkan Menteri yang bertanggungjawab ketika itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan ianya ditaja oleh pihak swasta.

Shabery dakwa Laporan Ketua Audit Negara culas kerana gagal menjelaskan perkara sebenar di mana wang sumbangan itu telah disalurkan ke KBS melalui akaun Majlis Sukan Negara (MSN).

 "Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.

 "Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan perkara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya yang dipetik dalam laman akaun Facebooknya hari ini.

Persoalannya sekarang, siapa yang cuba menipu dan memperdaya Ketua Audit Negara dalam isu ini? Siapa yang sengaja mengeluarkan isu dan mencetuskan isu ini? Mungkinkah ada orang dalam yang sengaja mewujudkan isu untuk menjatuhkan orang lain?

Hasil soal selidik yang dibuat, segala permasalahan ini berpunca daripada orang kerajaan yang paling berpengaruh dan berpangkat paling tinggi dalam KBS, Datuk J.

Datuk J sengaja mereka-reka kes untuk menyelamatkan diri beliau yang sedang tersepit sekarang ini. Datuk J sebelum ini telah memfitnah Datuk More Head untuk mendapat jawatan yang beliau pegang sekarang.

Beliau memfitnah Datuk More Head dengan pelbagai isu tapi satu pun gagal ditunjukkan bukti. Disebabkan tembelang sudah pecah, beliau sekarang ini begitu terdesak untuk membuktikan Datuk More Head bersalah dan salah satu kes yang beliau cuba adalah isu perbelanjaan K-Pop.

Walaupun bekas menteri sudah menjawab isu ini, usaha beliau tidak terhenti disitu, malah beliau semakin agresif. Difahamkan Datuk J ni telah membekukan cuti Raya Haji staf-staf audit dalaman sebab mahu cari kes. Macam orang audit ini orang kanan beliau semua benda kena rujuk kat beliau dulu. Malah lebih dahsyat lagi, mana-mana staf yang mempunyai hubungan baik dengan Datuk More Head turut menjadi mangsa.

Orang-orang macam ini lah yang merosakkan kerajaan. Baru beberapa bulan pegang jawatan sudah mula buat perangai. Harap KSN, SPRM boleh pandang serius perkara ini.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...