Takut kena ‘pulau’, itulah antara
ungkapan keramat yang sering keluar dari mulut para pengundi di Sungai Limau
apabila diminta mengulas mengenai calon yang diketengahkan oleh kedua-dua parti
yang bakal bertanding esok.
Rata-rata di kalangan mereka gagal memberikan sebarang komen ketika
diminta mengulas mengenai calon Pas, Azam Samad yang juga merupakan bekas guru.
Ini kerana ramai di kalangan penduduk di Sungai Limau langsung tidak mengenali
Azam walaupun Pas mendakwa calon parti itu adalah merupakan seorang yang
dikenali dan dekat di hati masyarakat Sungai Limau.
Namun itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana Pas sebagai sebuah parti
yang mendakwa memperjuangkan Islam, sering kali dilihat cuba memperbodohkan
para pengundi dengan pelbagai cerita ‘penglipur
lara’ di setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
Berbanding Barisan Nasional (BN) / Umno, yang meletakkan calon dari golongan
profesional Dr. Ahmad Sohaimi Lazim seorang bekas pensyarah
kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Yang peliknya rata-rata
penduduk di kawasan Kampung Sungai Daun
dan Kabu Sepuloh menegaskan mereka
takut untuk memberikan sebarang komen berhubung calon dari BN/Umno.
Ini kerana menurut mereka, tindakan tersebut bakal menyebabkan mereka dipulaukan
oleh para penyokong Pas di kawasan. Menurutnya, mungkin ada yang akan merasa
pelik atau tidak mempercayainya, namun bagi penduduk kampung itulah realitinya
yang berlaku.
Walaupun tidak selesa dengan pendekatan jumud dan fanatik penyokong Pas
itu, namun menurut mereka hubungan kekeluargaan antara penduduk kampung telah
menyebabkan perkara itu merosakkan hubungan dan keharmonian.
“Mereka bukan setakat memulaukan orang yang tidak sehaluan dengan
mereka, tapi ada kalanya ia boleh menjadi semakin teruk.
“Ramai juga di kalangan ahli Pas yang tidak berpuas hati dengan keputusan
dan pendirian pemimpin atasan, semuanya terpaksa memendam rasa. Kerana bukan
setakat penyokong Umno akan dipulaukan, mereka yang tidak bersetuju dengan
parti juga akan turut menerima nasib yang serupa” katanya yang meminta agar
identitinya dirahsiakan.
Menurut beliau, isu pulau-memulaukan ini bermula semenjak Amanat
Hadi Awang dimainkan.
Sebagaimana telah dikupas oleh
C.N. Afghani dalam bukunya Kafirkah Aku, saya dan masyarakat Terengganu
sendiri mengalami sejak tahun berkenaan bahawa pengikut Pas berpendapat
penyokong UMNO atau BN adalah golongan kafir. Ia telah dinyatakan secara
terbuka di pentas ceramah, poster dan kain pemidang di merata tempat ketika
itu, terutama setiap kali pilihan raya umum.
Sebagaimana kita sedia ketahui,
akibatnya berlakulah pulau memulau secara meluas dan terbuka, bersembahyang dua
imam dalam satu masjid, dua masjid dalam satu mukim, pernikahan dan
penyembelihan orang UMNO sebagai tidak sah, perceraian dan pergaduhan sesama
keluarga.
Kemuncaknya ialah peristiwa
Memali yang mengorbankan beberapa nyawa pada 19 November 1985. Betapa sedihnya
kita kerana ia berlaku di depan mata, melibatkan rakan-rakan dan saudara-mara
yang suatu masa dulu begitu akrab, harmoni dan saling berganding bahu apabila
ada majlis dan keramaian.
Amanat Haji Hadi tiba-tiba
menjadikan masyarakat sekeliling kucar-kacir, benci-membenci, berpecah-belah.
Sedih dan kecewa melihat fenomena perpecahan ini tanpa cuba diperbetulkan oleh
Hadi dan pemimpin Pas.
No comments:
Post a Comment