Seperti ada yang tidak kena, suasana kempen pilihan raya kecil Sungai
Limau tidak berjalan seperti kebiasaannya. Ini kerana sejak semalam, Pas telah
mula menurunkan jentera kempennya dan memasang bendera dan poster di
kawasan-kawasan yang dianggap strategik untuk menarik perhatian pengundi.
Namun sehingga ke pagi ini, tiada satu pun gambar mahupun poster Mursyidul
Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan di sepanjang kawasan Sungai Limau. Tidak
seperti kempen pilihanraya sebelum ini, jentera Pas sentiasa menjadikan Nik
Aziz sebagai umpan untuk memancing pengundi.
Contohnya poster yang paling popular, Nik Aziz Menangis yang sering
dijaja bagi menagih simpati pengundi. Tidak cukup dengan itu, DAP yang terkenal
dengan sikap anti-Islam dan chauvinist, turut menggunakan Nik Aziz sebagai
model pilihan raya.
Inilah pendekatan
pembangkang yang dinamakan ‘matlamat menghalalkan
cara’. Pada mereka di dalam politik tidak ada istilah haram yang mutlak
kerana jika haram sekalipun ia boleh dihalalkan dengan mengubah packaging(bungkusan),
jenama atau label. Untuk lebih meyakinkan ditampal dengan label halal walaupun
kandungannya haram.
Mereka yang
menentang Islam pun boleh memakai sarung, kulit atau jersi parti Islam janji
menang pilihan raya, apabila beroleh kuasa kelak golongan inilah yang akan
meratah Islam sehingga ke tulang belulang.
Berbalik
kepada isu tadi, yang paling menarik, ada pihak di dalam kem pembangkang
mengatakan ini adalah merupakan satu konspirasi terancang antara Naib Presiden
Pas, Mahfuz Omar dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob untuk
menyingkirkan Nik Aziz.
Ini kerana
mereka dikatakan mula tidak selesa dengan pendekatan Nik Aziz yang sering campur
tangan dalam urusan parti dan kerajaan. Malah walaupun tidak lagi menjawat
jawatan MB, Nik Aziz dikatakan masih cukup berkuasa berbanding Ahmad Yakob.
Atas sebab itu, satu gerakan terpaksa dilakukan untuk mengubah keadaan
tersebut.
Paling
memeranjatkan Nik Aziz juga dikatakan tidak beberapa bersetuju dengan calon
yang diturunkan untuk mewakili parti itu di dalam PRK kali ini. Ini kerana
calon yang diketengahkan bukan dari kumpulan ulamak dan yang paling penting dia
dikatakan turut menganuti fahaman sesat Syiah.
Sebagai
tanda protes, Nik Aziz dikatakan enggan hadir di sepanjang tempoh berkempen ini
sebagai salah cara untuk beliau menzahirkan rasa tidak puas atas kerakusan
mereka mengejar kuasa.
Malah
tindakan Pas Jerai untuk tidak menggunakan gambar poster Nik Aziz, juga dikatakan
sebagai tindak balas atas sikap yang ditunjukkan oleh mantan MB Kelantan itu.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan mula menyebarkan cerita, kononnya
mantan MB Kelantan itu sedang berada dalam keadaan yang uzur dan nazak.
Mereka turut
mengatakan Nik Aziz juga sudah mula ‘dipakaikan
pampers’ bagi menunjukkan kononnya Nik Aziz sedang benar-benar uzur. Nampaknya
gayanya, semakin hari politik Pas semakin kotor dan menjijikkan.
Tahniah
kepada puak Endorgan Pas, ANDA SEMUA TELAH BERJAYA MENJADIKAN PAS SEBUAH PARTI
YANG LIBERAL SEPERTI FAHAMAN KOMUNIS.
No comments:
Post a Comment