17 October 2013

AIDIL ZAFUANDAH ADA KEKASIH BARU




6 Oktober lalu, di KLIA, seorang peminat telah melihat seorang wanita sedang memperbetulkan tali leher milik Aidil Zafuan dan mereka dilihat sangat mesra seolah-olah seperti pasangan ‘kekasih’. Terus timbul persoalan sama ada Aidil sudah pun menemui pengganti bekas isterinya, Rita Rudaini.

Biasalah pemain bola sehebat dan sekacak Aidil pastinya di perhatikan. Lagipun Aidil sekarang sudah single. Bolehlah nak berkawan dengan sesiapa pun. Kalau dah jumpa pengganti pun apa salahnya.

Walaupun menafikan wanita tersebut adalah kekasihnya, Aidil Zafuan membuat pengakuan kepada Utusan Malaysia bahawa dia sudah lama berkawan dengan wanita itu. Kata Aidil:-

“Saya memang kenal wanita itu! Pada masa itu, saya baru sahaja tiba dari Kota Bahru dan terpaksa berlepas ke China untuk perlawanan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Lagipun, semasa menunggu penerbangan seterusnya, saya bersama skuad kebangsaan yang lain.”

“Tambahan, saya tidak akan keluar dengan wanita yang tidak dikenali. Saya tidak mempunyai orang terdekat. Jadi, saya meminta pertolongan wanita berkenaan untuk menghantarnya (barang tertinggal) memandangkan dia adalah kawan kepada tunang salah seorang pemain kebangsaan.”

Tidak mengapa, Aidil. Jika jodoh anda sudah sampai, apa salahnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...