Laporan Ketua Audit
Negara yang diedarkan di Parlimen pada sidang Parlimen lalu nyata mendapat
perhatian ramai khususnya di kalangan pembangkang. Mereka membangkitkan
kononnya kerajaan Barisan Nasional telah melakukan ketirisan dan keborosan sama
ada melalui kementerian mahupun agensi kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan
negara.
Antaranya isu
perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika dipegang Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek berhubung bayaran RM 1.6 juta untuk artis K-Pop dari Korea.
Menteri Belia Dan
Sukan, Khairy Jamaluddin ketika mengulas mengenai perkara tersebut menjelaskan
bahawa tajaan tersebut tidak berlaku pada saat-saat akhir. Sehingga menyebabkan
pihak KBS terpaksa membayar sendiri perbelanjaan tersebut.
Sedangkan sebelum
ini, Shabery mengatakan perbelanjaan tersebut ditaja oleh pihak swasta. Malah
kenyataan Shabery itu turut disokong oleh bekas Setiausaha Kementerian, Datuk
Mohid Mohamed pada 2 Jun 2012 yang
menegaskan persembahan 3 kumpulan K-Pop dari Korea Selatan itu bukan dibiayai
oleh kerajaan.
Maka sebagai rakyat
biasa, sudah pasti akan timbul tanda tanya berhubung dua kenyataan berbeza
mengenai isu yang sama. Pasti mereka dengan mudah akan terus menghadam semua
tohmahan yang diberikan pembangkang sebagai pendedahan yang mempunyai asas.
Padahal secara
realitinya, Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya tidak memisahkan wang tajaan
yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara (MSN). Menurut fakta pihak
penganjur sebenarnya telah pun memberikan tajaan sebanyak RM20 juta yang
dimasukkan ke dalam akaun MSN.
Sebaliknya Audit
Negara melaporkan ia secara pukal dan beranggapan RM20 juta berkenaan adalah
'pendapatan' KBS. Dengan kata lain, Audit Negara tidak mengambil kira wang
tajaan yang masuk ke dalam akaun Majlis Sukan Negara tetapi hanya mengambil
kira wang yang keluar dari KBS.
Dan kesempatan itu,
dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh para pencacai Pakatan Rakyat untuk
melakukan penyelewengan fakta bagi menghentam KBS. Mereka mendakwa kononnya
kerajaan BN telah menyalahgunakan wang rakyat dengan berpandukan kepada
kenyataan Khairy Jamaluddin. Sedangkan Menteri KBS itu sebenarnya telah
diberikan maklumat yang salah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ini berdasarkan
kepada kenyataan Khairy kepada media selepas majlis Dialog Bersama Alumni
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 9 Oktober lalu apabila diminta
mengulas lanjut mengenai kenyataan Shabery yang mempertahankan kenyataan tajaan
tersebut.
Khairy menjelaskan
kenyataan awal beliau itu berdasarkan kepada laporan yang diberikan oleh pihak
kementerian. Atau dalam bahasa mudah ada pegawai pengurusan tertinggi di dalam
KBS yang sengaja mahu menyembunyikan fakta sebenar sehinggakan Khairy terkhilaf
dalam membuat kenyataan.
Menurut sumber, isu
ini terjadi ekoran dari dendam dan perbalahan di antara pihak pengurusan baru
KBS dengan pengurusan yang lama. Atau dalam bahasa mudah, ada pihak yang
sengaja mahu meletakkan kesalahan kepada Shabery sebagai menteri yang
bertanggungjawab.
Ini kerana secara
rasionalnya, adalah mustahil mereka yang berada di dalam kementerian GAGAL atau
terlepas pandang terhadap kos perbelanjaan ini. Tambahan pula ia melibatkan
jumlah wang yang besar.
Oleh yang demikian,
Ketua Setiausaha Negara (KSN) perlu segera menjalankan siasatan berhubung isu
ini. Jangan disebabkan masalah peribadi di antara rakan kerja, kerajaan
pimpinan Perdana Menteri, dijadikan sasaran kecaman pembangkang.
No comments:
Post a Comment