“Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan
macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami
dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar rumah sesuka hati.
“Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yang mengata), mungkin
baru mereka tahu apa yang saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu,
fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami yang bukan-bukan.”
Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas
rakaman video anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan ‘aksi mesra’
bersama teman lelaki, kini tersebar meluas di laman YouTube dan Facebook (FB).
Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F
dengan teman lelakinya yang juga berusia belasan tahun memang diketahuinya,
namun dia tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh itu.
“Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai
merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet,” katanya.
No comments:
Post a Comment