Saya
Ada Semua Bukti: Aida
Isteri mana yang
tidak melatah sekiranya suami dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain,
apatah lagi wanita yang dimaksudkan adalah isteri orang. Namun, sikap
profesional yang ada pada isteri Adi Putra, Aida Yusof, wajar diberi pujian. Bukan
sahaja menasihati suaminya untuk tidak membuat sebarang kenyataan, malah Aida juga
tenang menghadapi dugaan yang mampu menduga kesabarannya itu.
"Tak apa, biar
dia (pengadu) tampil memberikan segala bukti yang ada. Memang media ada
menghubungi saya dan Adi, namun saya nasihatkan Adi untuk tidak memberikan
sebarang penjelasan yang boleh mengganggu siasatan polis.
"Beri kami
sedikit masa dan kami juga akan tampil dengan bukti yang kami ada. Saya tidak
berniat untuk menyebelahi Adi kerana yang salah tetap salah. Namun, sebagai
suami dia tidak sepatutnya mendedahkan aib isteri," katanya.