Hanya Sekadar Gambar Hiasan |
Seorang artis lelaki tanah air yang baru-baru ini menggemparkan negara
dengan pergolakan rumah tangganya, kini sekali lagi terlibat dalam kontroversi
apabila didakwa menghantar gambar alat sulitnya. Artis itu dikatakan menghantar
gambar tersebut menerusi aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita yang berstatus
isteri orang.
Difahamkan, artis berkenaan menjalin hubungan terlarang itu sejak hujung
Julai lalu dan berlarutan hingga Ogos lalu. Artis lelaki dan wanita dipercayai
berusia awal 30-an itu dikatakan pada mulanya hanya bertukar mesej berbaur
cinta sebelum artis berkenaan bertambah berani dan memberi mesej lucah
menggunakan WhatsApp.
Walaupun dikatakan tidak pernah bertemu, artis itu dikatakan semakin intim
hingga sanggup menghantar gambar seperti itu sebelum dikesan suami wanita
berkenaan. Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan artis berkenaan dengan
isterinya selepas menemui perbualan dan gambar "senjata" artis lelaki
itu kepada isterinya.
Keadaan itu menyebabkan pengadu berusia 50-an itu tertekan sebelum membuat
laporan polis di sebuah balai di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini. Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Ruslan
Hassan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan polis pada 23 Ogos lalu yang
dibuat di sekitar Skudai.
No comments:
Post a Comment