 |
| Hanya Sekadar Gambar Hiasan |
Seorang artis lelaki tanah air yang baru-baru ini menggemparkan negara
dengan pergolakan rumah tangganya, kini sekali lagi terlibat dalam kontroversi
apabila didakwa menghantar gambar alat sulitnya. Artis itu dikatakan menghantar
gambar tersebut menerusi aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita yang berstatus
isteri orang.
Difahamkan, artis berkenaan menjalin hubungan terlarang itu sejak hujung
Julai lalu dan berlarutan hingga Ogos lalu. Artis lelaki dan wanita dipercayai
berusia awal 30-an itu dikatakan pada mulanya hanya bertukar mesej berbaur
cinta sebelum artis berkenaan bertambah berani dan memberi mesej lucah
menggunakan WhatsApp.