Selepas tersebarnya
cerita mengenai pelakon terkenal Adi Putra yang dikatakan mempunyai hubungan
sulit dengan isteri orang, pelakon itu telah tampil membuat laporan polis di
Balai Polis Wangsa Maju.
Menurut laporan tersebut,
Adi Putra mendakwa dirinya telah diugut oleh lelaki wanita tersebut yang disyaki
mempunyai skandal dengan pelakon kelahiran Singapura itu.
Selain itu, Adi juga
mendakwa menerima panggilan serta ugutan daripada lelaki yang dikenali sebagai
Amir pada 7 Ogos lalu yang mahu menghancurkan kerjayanya sebagai pelakon selain
memastikan pelakon kacak itu dihalau keluar dari Malaysia.
Di bawah ini, penulis
sertakan salinan laporan polis yang dibuat oleh Adi.
Sama-sama kita
nantikan apakah kesudahan cerita ini yang pastinya mengejutkan peminat industri
hiburan tempatan.
No comments:
Post a Comment