Pelakon terkenal, Adi
Putra akan membuat sidang akhbar berhubung 'Isu Gambar Anu' dengan isteri seorang ahli
perniagaan dari Johor pada Selasa ini pukul 3 petang. Sidang akhbar itu
bukannya yang pertama diadakan dengan tujuan untuk membersihkan namanya.
Pelakon memiliki nama Muhamed Hadi Putra Halim itu sebelum ini pernah
mengadakan sidang akhbar berhubung kes perceraiannya pada tahun lalu.
Pada 22 Mac 2012,
aktor berusia 32 tahun itu telah muncul pada sidang akhbar yang diadakan di
Hotel Park Royal, Kuala Lumpur untuk menjelaskan tentang kes perceraiannya.
Penjelasan itu dibuat selepas dia membuka fail perceraian terhadap isterinya di
Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei 2012.
Namun, Adi menutup
semula fail tersebut selepas 10 hari dia mengemukakan kes perceraiannya. Ketika
itu, Adi dan isterinya, Zuhaida Yusof mengadakan sidang akhbar di sebuah kafe
di Hotel Park Royal bagi menjelaskan mengenai status mereka selepas timbul
spekulasi bahawa mereka sudah tidak sehaluan.
Namun, selepas isu
perceraian itu selesai, nama Adi naik lagi malah menjadi sebutan bibir ke
bibir. Kes siasatan polis berhubung gangguan Adi terhadap isteri ahli
perniagaan itu kini menjadi sebutan.
Pada minggu lalu, Adi
muncul di Esplanade, Singapura apabila berlakon dalam teater Akulah arahan Erma
Fatima. Dalam pementasan teater itu, dia membawakan watak seorang Datuk yang
mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Bagaimanapun, ia cuma teater.
Dalam alam realiti Adi belum membuka mulut menerangkan keadaan yang sebenar
tentang isu dia didakwa mengganggu isteri orang.
Skandal Adi dengan
isteri orang itu kini disiasat polis selepas suami wanita berkenaan membuat
laporan. Menurut laporan tersebut, pelakon itu didakwa saling berbalas-balas
mesej dan bertukar-tukar gambar lucah dengan wanita berkenaan yang berusia 30
tahun walaupun mereka baru berkenalan selama seminggu.
Pelakon itu dikatakan
berkenalan dengan wanita tersebut menerusi laman Instagram sebelum mereka kerap
berbalas-balas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu. Bagi
menjernihkan keadaan yang sedang panas ini, Adi mengesahkan bahawa dia akan
mengadakan sidang akhbar pada 10 September ini pada pukul 3 petang di Bunga
Tanjung Lounge, Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Sebelum ini,
kenyataan tentang sidang akhbar itu telah dikeluarkan oleh pengasas Fereena
Beauty Care, Zulkifly Muhamad yang juga rakan niaga Adi untuk produk kecantikan
tersebut.
"Adi menyatakan
dia mahu membuat sidang akhbar ini untuk menjelaskan keadaan yang sebenar
berhubung tuduhan tentang skandalnya antara dia dengan isteri seorang ahli
perniagaan. Dia melihat semua yang berlaku ini sebagai satu hikmah dan dari
sudut positif," ujar Zulkifly.
"Walaupun
terdapat kes polis berhubung skandal Adi bersama isteri kepada seorang usahawan
di Johor, ia tidak akan menjejaskan hubungannya sebagai rakan niaga dan
tugasnya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care," katanya.
Menurut Zulkifly,
kontroversi tersebut juga bukan satu isu yang akan memberi impak buruk terhadap
perniagaan produk dan syarikat Fereena kerana ia merupakan soal peribadi yang
tiada kaitan dengan jatuh bangun syarikat.
"Bagi saya,
tiada masalah kerana apa yang berlaku adalah hal peribadi yang tidak melibatkan
syarikat. Perkara itu (skandal Adi) berlaku di alam maya. Kadangkala kesahihan
fakta itu tidak berani disentuh kerana kita tidak tahu keadaan sebenar,"
kata Zulkifly, rakan niaga Adi sejak bulan lalu.
Menurut Zulkifly,
pelakon filem Haq itu datang menemuinya pada Rabu lalu di Old Town Setiawangsa
pada pukul 4 petang untuk bertanyakan tentang kedudukan dirinya dalam syarikat
tersebut.
"Adi datang
berjumpa saya untuk bertanyakan tentang reputasi dan keadaan terkini sama ada
saya mahu meneruskan kerjasama sebagai rakan niaga dan tugasnya sebagai duta.
Dia menceritakan kepada saya tentang berita skandal yang tersebar di laman
maya," jelas Zul yang turut memberitahu bahawa Adi mempunyai saham dalam
syarikat mereka itu.
Baca : Adi Putra Didakwa Hantar Gambar 'ANU'
Baca : Tunjuk Gambar ‘ANU’ Adi Putra Kena Ugut
Baca : Adi Putra Tak Lari, Cuma Tak Nak Ganggu Siasatan
Baca : Adi Putra Bakal Di Penjara 5 Tahun?
Baca : Gambar 'ANU' Adi Putra Di Hantar Ketika Umrah?
Baca : Temubual Eksklusif Bersama Isteri Adi Putra
Baca : Tunjuk Gambar ‘ANU’ Adi Putra Kena Ugut
Baca : Adi Putra Tak Lari, Cuma Tak Nak Ganggu Siasatan
Baca : Adi Putra Bakal Di Penjara 5 Tahun?
Baca : Gambar 'ANU' Adi Putra Di Hantar Ketika Umrah?
Baca : Temubual Eksklusif Bersama Isteri Adi Putra
Ps: Gambar yang dipaparkan hanya gambar hiasan
No comments:
Post a Comment