08 September 2013

Sosialis Dan Komunis Cuba Tukar Bendera Negara @AdamAdli @IshamRais



Provokasi Dari Gay Tua Dan Anak Ikan Jambu Bang Non
Dalam kemeriahan sambutan kemerdekaan baru-baru ini, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengibarkan kain buruk yang mereka anggap sebagai bendera di ibu negara tanpa berasa malu dan bersalah kepada rakyat sekeliling, apatah lagi kepada negara.

Mereka sibuk menyampaikan ucapan umum yang tidak masuk akal. Apa yang pelik adalah masih ramai yang percaya seolah-olah dipukau sedangkan apa yang boleh didengar adalah kata-kata kosong tidak tahu mana asal usulnya. Agak menyakitkan hati apabila kita melihat golongan yang tidak tahu menghargai kejayaan negara ini. Semua yang ada sudah cukup tetapi persoalan yang timbul adalah apa lagi yang mereka mahukan daripada pemimpin sedia ada.

Jika kita layari dan tonton video yang dimuat naik di laman YouTube, sudah pasti banyak memaparkan perilaku kumpulan yang memperjuangkan fahaman yang mereka sendiri cipta. Kadangkala saya sebagai rakyat berasa malu kerana mempunyai saudara senegara yang tidak tahu bersyukur.

Kita sebenarnya perlu bersyukur dan menyokong sepenuhnya kepimpinan kini. Jika tidak setuju dengan beberapa perkara, masih ada alternatif lain untuk menyuarakan pendapat selain daripada menimbulkan kekacauan.

Perkara ini serius kerana kita dapat melihat kebanyakan daripada peserta demonstrasi terdiri daripada generasi muda. Ini amat membimbangkan kerana mereka merupakan tunjang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

Harta benda rosak, lalu lintas menjadi sesak, kesudahannya hanya sakit badan dan membuang masa. Tetapi kesannya besar apabila nama Malaysia sebagai sebuah negara yang aman sebelum ini sedikit tercalar.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, tidak ada gunanya kita terus menentang kepimpinan sedia ada. Kita hanya perlu terus menjalankan tanggungjawab  sebagai rakyat yang bertamadun dan merdeka demi kesejahteraan kini dan akan datang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...