Showing posts with label Farawahida. Show all posts
Showing posts with label Farawahida. Show all posts

14 September 2013

'DAH LUNYAI' : Kenapa Farawahida Nak Terasa - Julfekar @realFARAWAHIDA



Komposer Julfekar Ahmad Shah meminta penyanyi Farawahida agar tidak memburukkan namanya memandangkan kedua-dua mereka tidak lagi bekerjasama dalam industri muzik tempatan. Julfekar, 49, yang merupakan bekas majikan wanita itu berkata, dia pelik apabila Farawahida menuduhnya melemparkan kata-kata kurang manis menerusi status di Facebook sedangkan ia tidak ditujukan kepada sesiapa pun.

"Selama ini setiap kenyataan saya di media mahupun status Facebook yang dimuat naik tidak pernah menyebut namanya mahupun individu lain.

04 September 2013

Penyanyi FaraWahida Sebenarnya Dah ‘Lunyai’?




Julfekar atau nama penuhnya Julfekar Ahmad Shah seorang komposer dan penulis lirik pernah menjadi pengurus Farawahida selama lima tahun dan tiba-tiba tercetus perbalahan antara mereka sehingga timbul kes ancaman dan ugutan berlarutan ke mahkamah. Kini Farawahida menguruskan kerjaya seninya sendiri sementara Julfekar pula menguruskan kerjaya seni Min Yasmin.

Kalau anda tidak tahu, sebelum ini Farawahida pernah membuat laporan polis apabila Julfekar mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah miliknya. Namun itu semua kisah lama. Farawahida pun dah nak kahwin dah tak lama lagi. Peliknya ada status Facebook yang dikemaskini oleh Julfekar yang seolah-olah menyindir Farawahida.



Hmmm. Walaupun nama si LUNYAI tersebut tidak ditulis oleh Julfekar, orang dalam industri hiburan dapat mengagak ia ditujukan kepada Farawahida. Tak tahulah betul atau tidak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...