Beberapa anggota
keluarga pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem White Resort di
sini berkumpul di perkarangan kem itu hari ini untuk meminta kebenaran pihak
pengurusan membawa pulang pelatih dari kem itu.
Sebelum itu malam
tadi kira-kira 200 pelatih dilaporkan berkumpul dengan beg pakaian
masing-masing dan sepakat mahu keluar dari kem berkenaan kerana tidak puas hati
dengan keadaan tempat penginapan dan penyediaan makanan di kem itu.