03 January 2008

SOI LEK MUHASABAH, TAPI PEMBANGKANG TAK MUNASABAH





Panas! Panas! Panas! Itulah antara perkataan yang mampu diluahkan ketika ini. Orang ramai tatkala ini sedang heboh memperkatakan mengenai video seks Mantan Menteri Kesihatan yang sedang diedarkan dengan secara percuma oleh mereka yang mempunyai kepentingan di sekitar Johor.

Video salahlaku seks Mantan Menteri Kesihatan itu telah dirakamkan secara sembunyi dengan mengunakan 4 kamera di salah sebuah hotel yang dirahsiakan.

Natijah dari peristiwa itu, beliau telah mengambil satu keputusan untuk melepaskan semua jawatan politik yang beliau sandang sebagai tanda memikul tanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang telah berlaku.

Beliau bukan sahaja melepaskan jawatan sebagai Menteri Kabinet tetapi turut meletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Labis.

Sebelum ini, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah mengambil satu pendekatan yang jarang diambil oleh sesetengah pihak yang telah melakukan kesalahan dengan tampil ke hadapan sekaligus mengaku akan ketelanjuran yang telah dilakukan.

Pengakuan jujur yang dilakukan oleh beliau itu juga bertujuan untuk mengelakkan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan atau dijadikan sebagai senjata oleh pihak pembangkang semasa pilihanraya akan datang.

Apa yang cuba penulis bincangkan disini ialah, mantan Menteri Kesihatan itu akur dengan apa yang telah terjadi sebagai satu kesilapan dan menebusnya dengan harga yang paling mahal. Sebagai seorang ahli politik, melepaskan kuasa bukanlah satu perkara yang mudah, tambahan pula beliau sedang berada pada tahap yang tinggi dalam karier politiknya.

Walaupun ahli keluarga beliau telah menerima kenyataan ini (terutamanya isteri beliau) dengan penyataan maaf dan penjelasan yang beliau berikan. Namun beliau sedar cara dan gaya hidup ini amat bertentangan dengan budaya dan adat resam majoriti rakyat di negara ini.

Oleh yang demikian, untuk mengelakkan dirinya menjada ‘liabiliti’ kepada Barisan Nasional dan kerajaan yang sedang bersiap untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan kelak, maka tindakan ini difikirkan amat wajar dan bertepatan.

Dari segi peribadi, Datuk Chua juga insan seperti kita yang mempunyai kelemahan, kesilapan dan nafsu sebagai makhluk di dunia ini. Kesalahan yang dilakukan mungkin adalah kesalahan peribadi dan permohonan maaf telah dilakukan dan dipaparkan dalam kaca tv. Itu adalah tindakan benar dan satu contoh keberanian pemimpin yang mengakui kesilapannya.

Kalau kita perhatikan, Datuk Chua bukanlah orang pertama tersilap langkah dan terjerumus dengan permainan nafsu ini. Sebelum ini ada juga beberapa menteri dan ahli politik yang telah melakukan kesilapan seperti ini. Sebagai contoh sejarah politik negara tidak pernah lesu dengan skandal seks baik dari kerajaan mahupun pembangkang.

Namun persoalannya adakah mereka menerima natijah ini dengan hati yang terbuka dan fikiran yang waras?

Sebagai contoh Mat Sabu juga pernah ditangkap berkhalwat dengan salah seorang isteri kepada sahabat baiknya di salah sebuah hotel pada suatu ketika dahulu. Walaupun beliau mendakwa dirinya teraniaya, namun wanita yang ditangkap itu akhirnya diambil sebagai isteri.

Tidak cukup dengan itu, Hassan Ali juga pernah diceritakan mempunyai perempuan simpanan dan sering dilihat berulang-alik ke negara jiran untuk berjumpa kekasih gelapnya.

Anwar Ibrahim juga pernah disabitkan dengan perilaku yang sama tidak berapa lama dahulu. Namun pada ketika itu, Anwar bukan sahaja enggan menerima hakikat gaya hidup yang diamalkan tidak dapat diterima masyarakat. Tetapi dengan sombong bertindak untuk cuba menentang arus dan sekaligus menjadi pembangkang.

Tidak cukup dengan itu, Anwar juga tergamak untuk bertindak di luar batasan dengan membakar api kemarahan rakyat untuk menghuru-harakan negara. Selain dari itu beliau juga dengan biadap dan kurang ajar telah memburuk-burukkan negara di persada antarabangsa.

Nampaknya penganut bukan Islam lebih memahami dan menghayati istilah ‘istiqamah’ dan ‘muhasabah diri’ berbanding dengan mereka yang kononnya lebih Islam berbanding orang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...