Showing posts with label Menteri Pertahanan. Show all posts
Showing posts with label Menteri Pertahanan. Show all posts

08 September 2013

Demi Rakyat, Hishammuddin Sanggup Potong Gaji @HishammuddinH2O




Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyokong cadangan agar elaun minyak bagi anggota Kabinet dan pegawai kerajaan dipotong ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan perdana menteri Isnin lalu. Beliau juga sedia jika langkah tersebut mampu mengukuhkan keadaan ekonomi negara, kata Hishammuddin seperti dipetik dalam laporan akhbar hari ini.

“Kalau kita mahu rakyat melihat situasi ini (pengurangan subsidi minyak) dengan berjimat, kita juga sebagai wakil rakyat harus sanggup lakukan perkara sama. Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya,” katanya.

26 August 2013

Gagal Kawal Emosi Waytha Moorthy Perlu Letak Jawatan




Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyokong gesaan supaya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy meletak jawatan jika tidak berpuas hati dengan tindakan polis. Beliau berkata, Waytha Moorthy dilihat gagal mengawal emosi dan mendahulukan kepentingan politik berbanding sikap tanggungjawab secara kolektif sebagai anggota Kabinet.

"Saya setuju sangat dengan Zahid...apa yang disebut 101 peratus betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...