Selepas mengikat tali
pertunangan selama tiga bulan dengan Md Zhafran Md Yusof, pelakon cantik,
Fouziah Gous akhirnya bakal menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan itu
pada 21 September ini.
Berita gembira itu
dikongsi sendiri oleh Fouziah ketika sidang media khas pengumuman tarikh
pernikahan dan persandingan mereka di Nas Great Idea, Seri Kembangan, sebentar
tadi.
