19 August 2013

Wanita UMNO Johor Pilih Sharizat Banding Azalina




Wanita UMNO Johor akan menolak unsur-unsur kenegerian dalam pemilihan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan parti itu Oktober depan. Ketua Wanita UMNO Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, pihaknya meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dan menekankan pemilihan untuk jawatan itu berdasarkan merit.

Ini adalah sebahagian usaha pihaknya dalam mengukuhkan kedudukan parti.

“Setakat ini kita dengar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mempertahankan jawatan itu manakala Datuk Seri Azalina Othman Said menyuarakan hasrat untuk mencabar jawatan itu.

“Walaupun Azalina merupakan orang Johor, kita akan memilih calon wanita berdasarkan merit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini semalam.

Sebelum itu Wanita UMNO Johor menyatakan sokongan kepada Shahrizat sebagai ketua pergerakan itu dan pada masa sama menghargai usaha-usahanya bagi mengukuhkan pergerakan itu.

Sharifah Azizah berkata, tiada kepincangan yang berlaku dalam pergerakan itu sejak diterajui Sharizat malah berjaya meningkatkan sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum yang lalu.

“Lebih jelas, penambahan sokongan pengundi kepada UMNO turut meningkat hasil program Jalinan Rakyat yang dicetuskan Shahrizat hingga pergerakan ini menjadi entiti yang kuat sebagai sayap parti,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...