Jawatankuasa Pemandu untuk Membebaskan Badan Kehakiman’ yang ditunjanggi oleh Keadilan telah menghantar memorandom kedua kepada semua ahli ‘panel bebas’ yang diwujudkan untuk menyiasat kesahihan pita rakaman yang melibatkan VK Lingam yang kononnya sedang berbual bersama bekas Kutua Hakim, Tun Ahmad Fairuz.
Panel Bebas yang dijadualkan bermesyuarat pada hari ini (29 October), di Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menyiasat kes ini telah ‘digangu’ oleh rombongan ‘yang tak diundang’ yang kononnya bakal menghasilkan satu keputusan yang berat sebelah.
Mereka telah berkumpul seawal pagi di pintu masuk Suhakam dan mendesak untuk berjumpa dengan ahli ‘panel bebas’ ini bertujuan untuk melahirkan rasa ketidak puasan hati mereka tentang cara penyiasatan di jalankan dan menyerahkan memorandum kedua. Antara kandungan memorandum yang dihantar pada pagi ini antara lainnya mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini dan bukannya panel bebas yang dilihat kurang ‘bertaring’.
Dengan kehadiran rombongan mereka ini sedikit sebanyak di lihat telah menganggu perjalanan dan siasatan yang dijalankan, sehingga memaksa Mahadev Shankar yang merupakan salah seorang ahli panel untuk keluar bersemuka dengan mereka.
Setelah mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa yang diketuai oleh Latheefa Koya, panel bebas ini telah bersetuju untuk membenarkan hanya 3 orang dari wakil tersebut untuk masuk menyerahkan memorandum tersebut.
Menurut Mahadev Shanker yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan, mereka telah ditugaskan untuk menyiasat kes ini, dan bukannya melayan kerenah yang cuba diwujudkan oleh pembangkang. Tambahan pula mereka yang hadir bukannya terdiri dari saksi tapi lebih kepada penyokong parti Keadilan.
Sekiranya panel bebas ini melayan semua masalah yang ditimbulkan oleh golongan penyokong parti Keadilan ini, maka siasatan yang dijalankan terpaksa menempuh masa yang agak panjang untuk diselesaikan.
31 October 2007
KEADILAN CUBA MENGAGALKAN SIASATAN ‘PANEL BEBAS'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment