Ketua Penerangan parti Keadilan telah mengadakan satu pogram ‘Himpunan sokong Agong tidak sambung khidmat Ahmad Fairuz’ yang bertempat di Masjid Negara langsung tidak mendapat sambutan orang ramai.
Tian Chua hanya mampu membuka kain rentang ‘propaganda’ mereka kira-kira 10 minit. Itupun sekadar untuk diambil gambar oleh beberapa orang wartawan yang hadir. Setelah itu kain rentang yang dibuka terpaksa ‘dibungkus’ semula.
Program yang bermula selepas solat Jumaat ini langsung tidak mendapat sambutan ramai. Jemaah yang telah selesai menunaikan solat Jumaat hanya mampu berpaling apabila di ajak untuk turut serta mengambil bahagian di dalam program tersebut.
Penulis difahamkan pada mulanya mereka menjangkakan program ini akan mendapat sambutan ramai, namun lantaran ketandusan para ‘pengikut setia’, mereka terpaksa menamatkan program ini lebih awal sekitar jam 2.30 petang.
Porgram yang ini juga gagal menarik penyertaan dari rakan-rakan pembangkang yang seperti Pas dan DAP, ini kerana sepanjang 10 MINIT program ini berlangsung, kelibat wakil dari rakan-rakan pembangkang ini langsung tidak kelihatan.
Untuk tidak memburukan keadaan, Ketua Penerangan parti Keadilan ini tetap meneruskan sessi soal jawab bersama para wartawan.
Tian Chua ketika di temuramah mengatakan pihak mereka terpaksa membatalkan program yang diadakan kerana kebanyakkan dari jemaah yang bersolat Jumaat pada hari ini telah pulang lebih awal. Beliau juga menegaskan para pengikut mereka mungkin tidak dimaklumkan terlebih dahulu dan menyebabkan ia tidak mendapat sambutan.
Kebanyakan soalan yang diajukan oleh pihak wartawan hanya mampu dibalas dengan ‘no comment’ dan mereka diminta untuk merujuk kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ternyata dari riak wajah yang dipamerkan, Tian Chua berasa agak hampa kerana memikirkan semakin hari semakin ramai pengikut-pengikut mereka yang lari meninggalkan parti Keadilan.
Penulis juga sempat menemuramah beberapa orang jemaah yang sedang beredar pulang, mengapa mereka enggan turut serta di dalam program yang diadakan oleh Keadilan ini. Rata-rata mengatakan mereka sudah ‘muak’ dengan telatah dan kerenah Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment