‘Orang dah bosan!’ itulah yang disuarakan rakyat dan patut ditujukan kepada Anwar dan Keadilan, termasuklah mereka yang menjadi ‘pak turut’ Anwar Ibrahim.Ini berikutan satu perjumpaan bersama rakyat yang diadakan baru-baru ini langsung tidak mendapat sambutan.
Lokasi ramah mesra yang kononnya bertemakan isu sensasi klip video itu telah di jadualkan diadakan di Taman Muda, Pandan Indah dimana kawasan yang majoriti penduduknya berbangsa cina, namun ternyata hampa kerana langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk setempat.
Kelihatan ketika itu hanya beberapa pengikut parti Keadilan yang boleh dikira dengan jari, sedang bosan menunggu ketibaan Anwar sehingga ada sebahagian mereka menguap letih.Apabila penulis cuba bertanya kepada salah seorang dari mereka, pukul berapakah Anwar dijangka tiba, penulis hanya terima jawapan tidak tahu dengan gambaran wajah hambar bercampur bosan.
Anwar selaku Ketua Penasihat Keadilan di laporkan akan tiba di medan selera Taman Muda pada jam 7 malam untuk sessi penerangan mengenai klip rakaman VK.Lingam dan Tun Ahmad Fairuz.Namun beliau sendiri tidak hadir tanpa sebab.
Penulis sekali lagi cuba bertanya kepada peniaga di Medan Selera tersebut mengenai kedatangan Anwar, namun jawapan sinis yang diterima kerana mereka tidak tahu-menahu akan perkara itu dan penulis disoal, siapa Anwar?
Nampak sangat Anwar tak glamour di kalangan penduduk tersebut dan jelas menjelang pilihanraya ke-12 ini, Anwar lebih peka dengan isu klip video itu kerana ianya satu potensi bagi Anwar popular dan mendapat perhatian rakyat umum dan sekaligus mempengaruhi mereka untuk mempercayai isi rakaman video tersebut.
Baru-baru ini, iaitu di hari yang sama, Anwar turut mengadakan ceramah perdana bersama-sama kroni pembangkang di Pandan Perdana. Mungkin ceramah kali ini menarik topik kutukannya kerana kali ini ceramah tersebut di hidangkan dengan tayangan klip video tersebut kepada orang ramai.
Bukan sahaja penulis tetapi semua orang pun pasti tertarik dengan temanya iaitu; ‘Krisis Kehakiman Negara’ apatah lagi sesiapa yang datang akan di sajikan dengan tayangan 14 minit klip video terbabit seperti yang dilaporkan oleh sumber penulis, tetapi wajah hampa orang ramai nyata dikesali kerana hanya 8 minit sahaja tayangan tersebut bukan 14 minit seperti yang dicanang oleh pengikut-pengikut Anwar Ibrahim.
Ternyata Anwar menggunakan isu klip video itu sebagai jalan mudah untuk meraih perhatian rakyat pada parti di bawah naungannya. Sejak dari isu ini di timbulkan sendiri olehnya pelbagai persoalan timbul, antaranya tentang kebenaran klip video tersebut.
Tentu ramai yang mengikuti perkembangan terkini isu hangat ini tetapi sehingga kini langsung tiada perubahan pada isu tersebut melainkan suara menyalak Anwar dan pengikutnya yang tak sudah-sudah menekan kerajaan agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.
Sedia maklum, panel khas sudah dilantik untuk menyiasat kesahihan video tersebut sebelum tindakan selanjutnya tetapi sehingga hari ini Anwar Ibrahim terus-terusan menyalak agar Suruhanjaya itu ditubuhkan dan barulah dia hendak menyerahkan kesemua baki klip video berkenaan.
Lupakah Anwar? Rakyat kini sudah bosan, jelak, jemu dan menyampah dengan apa yang dilakukannya sekarang. Jika benar mahu menjadi hero dalam menegakkan keadilan, Anwar sepatutnya tahu bagaimana untuk berkerjasama dengan tiga panel dilantik dan BPR, bukannya main tarik tali sebegini.
Ketika penulis mendapatkan pandangan orang ramai yang menghadiri ceramah pada malam itu, rata-rata dari mereka mengatakan isu klip video ini adalah mainan politik Anwar Ibrahim.
Ini kerana apa yang ditayangkan adalah sama seperti yang terdapat di Internet. Padahal, mereka mengharapkan jawapan dari tayangan tersebut berbeza dan mungkin yang ditayangkan itu salinan kedua video tetapi apa yang tersiar adalah sama sahaja sejak dari mula isu ini di timbulkan.
Jelas Anwar memutar-belitkan keadaan dengan isu bodohnya itu dan orang ramai kini yakin bahawa panjang klip rakaman tersebut hanya 8 minit sahaja dan bukan 14 minit seperti yang didakwa.
Rentak tarian Anwar sudah jauh tersasar dari asal pembikinannya.Si kaki kelentong ini hampir terjerat dengan sandiwara rekaannya sendiri kelak. Masyarakat kini mula bosan dan meluat untuk menanti kebenaran isu klip video ini kerana kesahihannya langsung tidak ada.
Ingatlah Anwar, ‘berani kita kerana benar, takut kamu kerana salahnya kamu’.
31 October 2007
Kes Klip Video: Anwar Syok Sendiri - Rakyat Mula Bosan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment