Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff telah mengadakan satu sidang akhbar tergempar di Ibu Pejabat JSJK di Jalan Dato’ Onn pagi semalam. Sidang akhbar yang diadakan kira-kira 45 minit antara lain bertujuan untuk membersihkan namanya yang selama ini dikaitkan kerana mempunyai harta yang bernilai RM 27 juta.
Sepanjang tempoh siasatan yang di jalankan oleh Badan Pencengahan Rasuah, beliau langsung tidak memberikan sebrang komen mahupun ulasan kerana enggan menggangu siasatan yang dijalankan dan mahu bersikap adil kepada badan itu.
Sejurus selepas siasatan yang dijalankan itu dilaporkan selesai pada 29 October, maka beliau telah tampil untuk mengadakan sidang media tergempar bagi membersihkan namanya yang telah dikaitkan.
Namun begitu sebelum mengadakan sidang akhbar itu, beliau telah meminta dua wakil media dari blog Malaysiakini dan Malaysia Today untuk keluar, kerana menurut beliau sidang akhbar ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan masalah politik atau yang seumpama dengannya.
Pada hemat penulis kedua blog ini mungkin merasakan ia merupakan satu peluang yang tidak harus diabaikan kerana amat sesuai untuk dugunakan sebagai isu politik untuk terus menghentam kerajaan dan badan kepolisian negara.
Tambahan pula mereka merasakan pilihanraya umum semakin menghampiri dan sebarang isu yang dapat digunakan untuk kepentingan pembangkang tidak harus di biarkan begitu sahaja. Azmin Ali juga ada mengatakan terdapatnya ura-ura pilihanraya umum bakal diadakan pada 25 November, ini kerana kerajaan yang ada sekarang dilihat sudah semakin terdesak.
Menurut Azmin Ali lagi, sekiranya ia diadakan pada awal atau pertengahan tahun depan kerajaan mungkin berdepan dengan pelbagai isu yang bakal menyebabkan kerajaan yang ada sekarang ‘tersungkur’. Oleh itu mereka perlu menyiapkan jentera parti (pembangkang) dengan pelbagai isu yang mampu mengulingkan kerajaan yang ada sekarang.
Penulis berpendapat, tindakan yang dilakukan oleh Datuk Ramli Yusuff dengan mengarahkan kedua wakil wartawan itu keluar amat wajar dan bertepatan dengan sekali. Ini kerana selama ini, penulis-penulis di dalam kedua blog ini hanya berminat dengan laporan yang difikirkan mampu dan dapat memberikan tekanan kepada kerajaan.
Penulis-penulis di dalam kedua blog ini juga dilihat hanya cenderung melaporkan isu-isu yang berbaur tohmahan, proganda, perkauman dan yang seangkatan dengannya. Kalau tidak masakan Menteri Penerangan, Zainuddin Maiden mengelarkan mereka-mereka ini sebagai ‘goblog’.
Walaupun mereka kononnya cuba mengambil pendirian berkecuali, tapi acapkali laporan yang dikeluarkan selama ini lebih menjurus kepada isu politik dan mempunyai kepentingan yang bersifat peribadi.
31 October 2007
WARTAWAN MALAYSIAKINI DAN MALAYSIA TODAY DIHAMBAT KELUAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment