26 October 2007

PERHIMPUNAN BERSIH TIADA PERMIT - JANGAN ULANG PERISTIWA BATU BURUK


JANGAN CARI PENYAKIT MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) dijangka akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran pada 10 November (Sabtu) bermula pada 3 petang di Dataran Merdeka yang bertujuan untuk mendesak satu reformasi pilihan raya. Satu memorandum akan diserahkan kepada DYMM Yang diPertuan Agong.

Perhimpunan yang dianjurkan itu juga bermatlamat untuk mengumpulkan seramai 100,000 orang untuk menunjukan kepada kerajaan betapa perjuangan yang mereka lakukan ini mendapat sokongan rakyat. Namun yang peliknya sehingga ke hari ini masih lagi belum terdengar di mana-mana saluran media mahupun laman web dan blog pembangkang.

Ternyata perhimpunan yang cuba digerakan ini langsung tidak mendapat sokongan dan dokongan dari pemimpin parti-parti pembangkang. Anwar Ibrahim sudah pasti tidak akan menghadirkan diri kerana diri beliau sendiri tidak ‘Bersih’ dan sedang ‘sibuk’ dengan BPR dan berkemungkinan akan di dakwa kerana gagal menyerahkan pita rakaman asal yang di dakwa mempunyai salah laku badan kehamkiman negara.Di pihak Pas pula sehingga sekarang masih lagi tidak terdapat sebarang kenyataan sama ada menyokong mahupun menentang.

Baik Mursidul Am mahupun Presiden Pas sendiri masih lagi ‘bisu’ mengenai program yang bakal dilangsungkan ini. Atau mungkin juga Pas sudah serik untuk ‘berkompromi’ dengan mereka yang gemar untuk ‘menanguk di air keroh’ atau mempergunakan akivis Pas untuk meramaikan program yang dianjurkan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai di IPD Dang Wangi tidak terdapat sebarang permohonan untuk mendapatkan permit bagi menganjurkan perhimpunan ini. Namun menurut pegawai bertugas yang enggan dikenali ini, sehingga ke hari ini tiada sebarang permohonan yang dibuat kepada pihak beliau.

Mereka juga memaklumkan tidak tahu menahu mengenai perhimpunan yang bakal diadakan itu.“Sebarang perhimpunan yang ingin diadakan hendaklah memohon permit dari pihak polis selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh yang ingin diadakan, setakat ini tiada sebarang permohonan yang dibuat dan pihak kami memang tidak di maklumkan langsung” ujarnya.

Sekiranya dikira dari tarikh yang ingin diadakan, mereka hanya mempunyai kira-kira 2 hari setengah sahaja lagi untuk mengemukakan permohonan. Selepas dari tarikh tersebut permohonan yang dibuat akan dikira sebagai lewat dan memnyebabkan pihak polis terpaksa memproses permohanan tersebut secara tergesa-gesa.

Seandainya mereka tidak meluluskan permohonan ini, maka berbagai-bagai tohmahan akan dilemparkan bagi memburukkan intergriti pihak polis. Menurut pendapat penulis pihak penganjur dengan sengaja cuba mencabar dan ‘bermain’ dengan undang-undang negara dan mempunyai agenda yang tersendiri.

Andainya perhimpunan ini gagal mendapat sambutan orang ramai dan bilangan mereka yang hadir boleh dikira dengan jari, mereka pasti mencari isu untuk ‘dikambing hitamkan’. Atau dalam mudah tidak mustahil mereka akan melakukan provokasi kepada angota polis agar mengambil tindakan terhadap mereka.

Maka mudahlah untuk mereka mengatakan perhimpunan yang diadakan gagal mendapat sambutan kerana tindakan keterlaluan pihak polis. Maka sekali lagi maruah polis akan dicalarkan oleh mereka. Nasihat penulis kepada mereka ini, janganlah tragedi Batu Buruk di ulang tayang.

1 comment:

ladymariah said...

anwar bukannya gagal menyerahkan pita tu tapi BPR yang tidak hadir. huhuhu. oh ya, perhimpunan anjuran BERSIH tu adalah untuk kebaikan bersama. kita mahukan ketelusan dalam pilihanraya. tiadakah hak rakyat untuk menuntut semua tu? kenapa saudara perlukan ingatkan mereka jangan ulang tragedi batu buruk? adakah tugas polis untuk menembak rakyat yang mempertahankan keadilan di negara yang mereka berpijak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...