Seperti yang telah diduga, pentadbiran Selangor yang diketuai oleh Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan pelbagai masalah khususnya dari kumpulan Azmin Ali yang masih tidak dapat menerima keputusan Anwar Ibrahim yang tunduk dengan kehendak bininya yang juga merupakan presiden parti.
PKR Selangor sebelum ini telah memutuskan untuk melantik timbalan
presiden parti, Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan
Negeri untuk mengisi jawatan menteri besar namun telah mendapat
tentangan hebat dari kumpulan Azizah.
Anwar yang pada mulanya akur
dengan keputusan kepimpinan negeri itu, terpaksa tunduk dengan kemahuan
Azizah bagi mengelakkan masalah yang lebih buruk melanda dirinya.
Berang dengan keputusan itu, Azmin pada peringkat awalnya telah
mengambil keputusan untuk meninggalkan parti bagi mengugut kepimpinan
PKR pusat namun menarik kembali keputusan itu di saat akhir.
Walaupun
ramai yang mengatakan kemelut perpecahan yang melanda itu telah
berakhir, namun ternyata ia adalah sebaliknya. Pentadbiran Khalid sering
berdepan dengan tekanan demi tekanan dari kumpulan Azmin yang mungkin
masih lagi tidak dapat menerima hakikat yang sebenar.
Terbaru
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin tampil mendedahkan masalah
pentadbiran Khalid yang selama ini telah menimbulkan rasa tidak puas
hati di kalangan pemimpin negeri. Ahli parlimen kawasan Ampang itu juga
merupakan timbalan pengerusi perhubungan PKR Selangor mengatakan antara
sebab utama Khalid berdepan dengan masalah ialah kerana kerenah
birokrasi.
Pentadbiran Khalid dikatakan sering menyebabkan urusan
pengagihan dana bagi menyelesaikan masalah rakyat tidak berjalan seperti
yang diharapkan.
Seterusnya Zuraida turut mengulas lanjut
mengenai isu perlantikan Setiausaha Agung, yang mana menurutnya Khalid
sekali lagi telah bertindak membelakangkan kepimpinan negeri. Anwar
sebelum ini telah mengumumkan, Datuk Saifuddin Nasution akan dilantik
sebagai pegawai seranta politik negeri Selangor.
"Kepimpinan
daripada pihak negeri, (setakat ini) kami tidak menerima sebarang
maklumat rasmi mengenai perkara ini, serta skop kerja yang akan
dilakukan oleh beliau. Kami akan berbincang dan tengok apa yang patut,"
katanya ketika sidang media yang diadakan semalam.
Ketika ditanya
pendiriannya berhubung cadangan sesetengah pihak dari pakatan
pembangkang yang berhasrat untuk memulaukan majlis Angkat Sumpah Dewan
Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 24 Jun ini, Zuraida mengatakan
dirinya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Kita patut hadir angkat sumpah. Baru boleh duduk dan hadir sesi (Dewan Rakyat). Kita perlu jadi bijak," katanya lagi.
Pada
7 Jun lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor
mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan
tidak menghantar soalan untuk perbahasan.
No comments:
Post a Comment